.
Konflik antara pelakon terkenal, Nabila Huda, 41, dan ibu tirinya, Datin Norhasliza Hassan bukanlah perkara baharu. Malah, perseteruan antara mereka ini diketahui ramai apabila Nabila atau lebih mesra disapa Abil mengakui sendiri dalam media sosial.
Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search (Datuk Suhaimi Abdul Rahman) sering kali memuat naik kata-kata sindiran dalam media sosial apabila konflik memuncak. Walaupun tidak secara jelas, namun ramai yang tahu siapakah individu dimaksudkan olehnya.

Shila akui terkejut saat diherdik oleh penyanyi rock legenda tersebut.
Pada Julai 2025, sekali lagi konflik berlaku berkaitan dengan keluarga Abil. Namun kali ini melibatkan seorang penyanyi yang mencipta nama di China, Shila Amzah.
Dakwa Shila, dia diherdik oleh seorang penyanyi legenda tempatan ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 MR DIY yang berlangsung di Stadium Merdeka.
Isu ini kemudiannya diulas oleh Abil dalam media sosial miliknya.
Menurutnya, dia tahu siapa dalang di sebalik kejadian tersebut kerana percaya bapanya bukan sebegitu. Malah, isu ini juga mendapat liputan meluas oleh media.

Amy mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya bersama Nourish atau Norhasliza Hassan.
Justeru apa yang ingin penulis kongsikan di sini bukanlah mengenai isu tersebut.
Penulis tertarik dengan perkongsian seorang individu atau netizen yang menemukan fakta yang boleh dianggap lucu tapi sarkastik berkenaan biodata Abil dalam Wikipedia.
Individu terbabit berkongsi perkara mengejutkan itu dalam aplikasi Threads miliknya. Menurutnya ketika dia membaca biodata pelakon berkenaan dalam Wikipedia, tanpa disangka terlihat mengenai status ibu tiri Abil.

âAku wiki si
Nabila Huda. Weh, siapa yang tulis ni? Lawaklah,â tulisnya sambil berkongsi
gambar tangkap layar daripada Wikipedia.
Gambar tersebut
menunjukkan status Nohasliza Hassan atau mesra disapa Nourish Hassan tertulis
perkataan âibu tiri jahatâ kepada pelakon berkenaan.
Sedangkan dua isteri Amy sebelum itu (Norliza Abdul Latiff dan RoslisaAhmad) hanya dirujuk sebagai bekas ibu tiri sahaja.
Baiklah, untuk pengetahuan ramai, maklumat dalam Wikipedia sebenarnya boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Justeru, pasti ada tangan-tangan nakal yang telah menyunting maklumat-maklumat yang terkandung dalam Wikipedia tersebut.

Perkongsian terebut
mengundang pelbagai komen dan reaksi netizen. Malah hasil siasatan salah
seorang netizen, biodata tersebut telah disunting individu dikenali sebagai âHeather
Fixâ.
Manakala yang lain pula menebak bahawa penyanyi legenda itu mempunyai cita rasa terhadap wanita yang mempunyai nama seakan-akan sama iaitu Liza. - KitaReporters
