Hubungan cinta antara pelakon Fattah Amin dan penyanyi/pelakon Amira Othman menjadi perhatian ramai sejak akhir tahun 2024 dijangka akan berakhir di pelaminan pada tahun 2025 ini juga.
Percintaan Amira dan Fattah sama panas dengan percintaan Bella Astilla dan Syed Saddiq, yang popular dengan tanda pagar (hashtag) #BASS.

Perkongsian penyanyi Irfan Haris dalam laman TikToknya mengenai pantasnya masa berlalu dengan memuat naik foto bersama kakaknya, Amira Othman ketika kecil dan gambar keluarga yang turut menampilkan Fattah Amin, mencuri perhatian netizen.
Foto memaparkan Amira dan Fattah berpakaian sedondon berwarna light pink atau merah jambu muda dimengertikan oleh netizen seolah-olah membawa berita gembira.
Dan ramai pengikut seni cuba mengorek lebih lanjut mengenai hubungan dua selebriti ini. Antaranya ada yang menyatakan sudah mendapat tempat lokasi majlis pernikahan dan tarikhnya.

Foto yang dimuat dalam TikTok Irfan Harris yang memperlihat Farrah Amin sudah kelihatan mesra ketika bertemu dengan keluarga bakal mertua
Namun berdasar sumber, majlis berbahagia pasangan selebriti ini, insya-Allah akan diadakan pada hari yang ada kaitan dengan hari jadi salah seorang daripada mereka.
Fattah (Abdul Fattah Mohd Amin), akan menyambut hari jadi ke-35 pada 14 September 2025. Sementara hari jadi ke-32 Amira Othman (Nadia Amira Othman) ialah pada 26 Oktober 2025.
Kedua-duanya jatuh pada hari Ahad iaitu hari yang sesuai untuk majlis perkahwinan.
Memandangkan kedua-duanya belum bertunang, tarikh pertunangan dijangka berlangsung pada hari jadi ke-35 Fattah. Sementara majlis pernikahan dan persandingan dijangka diadakan pada hari jadi Amira di Johor Bharu, Johor.

Hubungan cinta selebriti Amira dan Fattah dikatakan bermula akhir tahun 2024, setelah Fattah dan Nur Fazura berpisah pada 7 Oktober 2024.
Hubungan Fattah dan Amira semakin rapat setelah Fattah menjadi pelakon klip video lagu ‘Bila Nak Kahwin’ dendangan Amira. Dan selepas itu dua selebriti ini digabung menjadi duta bersama dalam beberapa produk. Dan ini tidak dapat mengelakkan hubungan mereka menjadi perhatian.
Amira mula terkenal dalam bidang seni tanah air setelah menyertai pertandingan ‘Akademi Fantasia musim ke-10’ (AF10 atau AF 2013) terbitan Astro Ria pada tahun 2013 dan berjaya mendapat tempat keempat.
Ketika itu dia memakai nama Nadira Amira Othman. Amira dilahirkan dan dibesarkan di Skudai, Johor dan mempunyai adik-beradik seramai 6 orang.
Selepas tamat AF 2013, Amira mengambil keputusan melanjutkan pengajian dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan ijazah vokal klasik.

Fattah dan Amira ketika menjalani penggamanaran di Ackland
Sementara Fattah mendapat ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sebelum itu, Fattah menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 dan ini menjadi landasan untuk dia berkecimpung dalam bidang lakonan.
Tambahan pula penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam merupakan bapa saudaranya. Ia merupakan peluang Farrah bekerja di belakang tabir dan berlakon dalam sejumlah drama/drama bersiri keluaran Skop Production.
Populariti Fattah melonjak apabila menjalin hubungan dengan pelakon dan pengusaha Nur Fazura selepas berlakon bersama dalam drama ‘Hero Seorang Cinderella’ yang disiarkan di Slot Mega Drama Astro Ria sehingga mewujudkan fenomena "Fattzura" iaitu gabungan nama Fattah dan Fazura.
Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Majlis secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan kawan rapat.
Namun perkahwinan kedua-duanya terlerai apabila lafaz cerai dilafaz pada pada 7 Oktober 2024 setelah Fazura menfail cerai. Fattah dan Fazura mempunyai anak Nur Fatima Aisya, 5, yang lahir pada 2 Oktober 2020.
Hubungan dua selebriti ini semakin rapat apabila kedua-dua berlakon dalam telefilem Poskad Cinta dari Auckland untuk siaran UTV baru-baru ini. - KitaReporters