Seni & Sukan 15 Jul, 2023

Rafizi Ramli, Chang Lih Kang jadi juri! Pertandingan realiti Innovathon! Di Astro mulai 15 Julai 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Astro dengan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melancarkan pertandingan realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi, ‘Innovathon’ dalam memaparkan skil dan idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi mencari penyelesaian isu sosiekonomi.

Pertandingan yang buat julung kali diterbitkan secara besar-besaran menerusi Astro mulai 15 Julai 2023 ini menyaksikan seramai 1,033 penyertaan dari seluruh negara. Peserta termuda berusia 7 tahun manakala yang tertua pula berusia 73 tahun.

Sebanyak 56 idea daripada pelbagai lapisan masyarakat telah dipilih menerusi sesi uji bakat yang menyaksikan peserta berentap menerusi program ‘Innovathon’ yang bakal bersiaran sebanyak 8 episod. 

Setiap episod akan menyaksikan peserta cuba memenangi hati panel juri dan juga rakyat Malaysia.



Tidak kira apa juga bidang mahupun kebolehan, ‘Innovathon’ bertujuan mencungkil idea-idea inovatif dalam kalangan rakyat Malaysia bagi memperkasakan skil mereka dan memberikan mereka peluang untuk berdaya saing dalam memperkembangkan idea mereka. Rancangan ini bakal mengangkat mereka sebagai hero yang bermula dari zero.

Kerjasama ini menyaksikan buat julung kalinya dua Menteri Kabinet Malaysia menyertai ‘Innovathon’ sebagai panel juri iaitu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri MOSTI, Chang Lih Kang. 

Usahawan wanita serta pelakon popular, Nur Fazura turut memegang peranan sebagai juri. Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula bergelar Mentor ‘Innovathon’ yang bakal membimbing dan memberi motivasi kepada peserta-peserta pertandingan realiti ini. 

Manakala dua figura popular, Awal Ashaari dan Datin Lisa Surihani akan mengemudi rancangan ini sebagai hos. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
17
0
14
0
You will be interested