Seni & Sukan 22 Jul, 2022

Liga Perdana 2022: Kelantan FC ikat JDT II! Meskipun bermain 10 pemain sahaja! Kekal pendahulu!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kelantan Football Club (FC) melepaskan peluang untuk mengutip tiga mata penuh di hadapan penyokong sendiri apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam saingan tertunda Liga Perdana 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV petang tadi (22 Julai 2022). 

Kelantan FC yang turun bermain di hadapan penyokong setia mereka setelah lama tidak beraksi di gelanggang keramat ternyata mepamerkan aksi bertenaga dalam perlawanan ini. Tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Perdana 

Kredit foto : Page JDT, TRW Kelantan FC


Usaha anak buah Rezal Zambery Yahya bertali arus membuahkan hasil apabila penyerang berbisa mereka, Nurshamil Abd Ghani menceriakan penyokong tuan rumah apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-20. 

Kelantan terus mempertingkatkan serangan untuk mencari gol kedua sementara JDT II pula cuba mencari rentak  permainan mereka. 

Corak permainan yang baik dari Kelantan FC terbantut apabila tindakan kurang bijak dari pemain Kelantan Jasmir Mehat menyebabkan beliau menerima kad kuning kedua dan sekali gus memaksa pengadil keluarkan kad merah.


Kredit foto : Page JDT, TRW Kelantan FC


Situasi ini menyebabkan Kelantan FC bermain 10 pemain sahaja dan mereka terpaksa mengubah kembali corak permainan. JDT II ternyata berjaya memanfaatkan peluang ini dan berjaya menyamakan kedudukan dengan satu tandukan cantik pada minit ke-50 menerusi Daryl Sham

Dalam perlawanan ini juga terjadi beberapa kekecohan kecil sehingga menyebabkan pengadil terpaksa berhentikan seketika perlawanan sebelum disambung kembali.  

JDT II terus melakukan serangan bertali arus namun barisan pertahanan Kelantan FC lebih baik dalam bertahan dan berjaya mengekalkan kedudukan 1-1 itu sehingga perlawanan tamat.  

Keputusan seri ini sudah pasti melegakan skuad kendalian Kelantan FC untuk terus mengekalkan kendudukan pendahulu liga dan peluang untuk mereka muncul juara semakin cerah.  

Jika mereka terus mengekalkan momentum permainan ini, sukar untuk pasukan lain merampas kejuaraan daripada pasukan mereka. - KitaReporters


11
6
0
14
0
You will be interested