Seni & Sukan 30 Jul, 2022

Kejayaan filem Mat Kilau jadi dorongan! Terengganu berminat terbit filem 2 tokoh pahlawan negeri!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Aksi silat dalam filem Mat Kilau


SELEPAS kemunculan filem Mat Kilau yang menggegarkan dunia perfileman Melayu ketika ini, tidak hairanlah jika ada lagi filem berpaksikan pahlawan Melayu akan menyusul bagi memenuhi selera generasi masa kini.

Kerajaan Negeri Terengganu, sudah membayangkan minatnya untuk menjemput pengarah filem tempatan yang berminat menerbitkan filem kepahlawanan Melayu tersohor negeri itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem-filem

Haji Abdul Rahman Limbong


Tok Ku Paloh


Sekurang-kurangnya ada dua tokoh pahlawan dan agamawan Melayu Terengganu iaitu Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh, menjadi sandaran kerajaan negeri untuk menerbitkan filem bagi mengenangkan jasa tokoh-tokoh berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata idea menerbitkan filem dua tokoh sejarah Terengganu itu sangat baik serta berupaya membangkitkan kesedaran orang Melayu dan Islam di negeri itu.


Wan Sukairi Wan Abdullah


Katanya, apa salahnya kerajaan negeri melabur dan bekerjasama dengan pengarah terkenal, Syamsul Yusof untuk pembikinan filem mengenai perjuangan ulama dan tokoh sejarah negeri yang berjuang habis-habisan untuk mempertahankan bumi Terengganu daripada penjajah. 

Menurutnya, kerajaan negeri sebenarnya sudah memulakan lebih awal iaitu sekitar tiga tahun lalu memberikan penerangan mengenai sejarah Terengganu yang memfokuskan kepada dua pejuang terbilang berkenaan.



Haji Abdul Rahman Limbong menentang penjajah British tanpa menggunakan senjata


Sementara itu, cadangan Kerajaan Terengganu itu turut mendapat perhatian pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof yang menyambut baik cadangan tersebut untuk menerbitkan filem pahlawan Terengganu seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Ku Paloh. 

Katanya, dia sangat bersyukur dengan hasrat itu dan beliau akan memberi kerjasama untuk mengangkat pahlawan Terengganu ke layar perak selepas ini. 

"Insya-Allah, mungkin akan dibincangkan dengan lanjut, sebabnya terus terang saya sudah semestinya hendak menghasilkan sebuah lagi filem epik," ujarnya.

Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan meneliti dahulu senarai pahlawan-pahlawan berkenaan. - KitaReporters


Syamsul Yusof


pahla

15
14
1
13
0
You will be interested