Seni & Sukan 11 Jan, 2023

Perpaduan tanpa sempadan agama! Telemovie Ah Meng mahu beri impak positif! Jadi tauladan, motivasi!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

 Tan Chuan Ling dan Mohd Syazwan Zulkifli, antara pelakon dalam telemovie Ah Meng.


SEJAK dahulu lagi, semangat perpaduan dan saling tolong-menolong sangat menebal dalam jiwa masyarakat yang tinggal di kampung tanpa mengira bangsa dan agama. Sifat-sifat yang murni ini telah diangkat  menjadi tema sebuah telemovie bertajuk Ah Meng dan bakal ditayangkan di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) tidak lama lagi.

Ah Meng yang telah tamat pengambaran, mengambil masa lebih kurang seminggu berkampung di Pasir Mas dan Kota Bharu Kelantan dan dibarisi pelakon berpengalaman antaranya, Tan Chuan Ling, Mohd Syazwan Zulkifli, Nur Aishah Afiqah, Azman Shah, Hushairi Husain dan Kamarozaman Yusoff.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan telefilem atau telemovie


Pengarah Nasyriq Nawawi  (duduk) sedang menjalani pengambaran telemovie Ah Meng di Kelantan baru-baru ini.


Telemovie terbitan NS Film Productions Sdn Bhd pertama kali menerima sentuhan pengarah muda Nasyriq Nawawi. Beliau ketika ditemui di set pengambaran menjelaskan, telemovie tersebut sarat dengan kisah hubungan sesama manusia meskipun berbeza kepercayaan dan agama.

Katanya, Ah Meng mengangkat kisah manusia yang tahu membalas budi biarkan sudah bertahun-tahun masa berlalu namun kerana mempunyai sifat jujur dan amanah tetap mahu meneruskan usaha yang mulia walaupun berhadapan dengan manusi yang iri hati dan tamak.



"Telemovie ini secara ringkas mengisahkah seorang lelaki Cina bernama Ah Meng telah terhutang budi kepada penduduk kampung kerana menyelamatkan dia daripada dibunuh oleh gerila komunis dan telah disembunyikan di sebuah surau pada tahun 1968.

"Selepas berpuluh tahun, Ah Meng dan Ibrahim yang merupakan seorang bekas tentera mahu membaiki dan memodenkan surau lama. Mereka bercadang mengimarahkan semula surau tersebut seperti 20 tahun yang lalu.

“Pada waktu penduduk kampung  diancam oleh pengganas komunis, mereka menjadi kuat kerana saling menjaga satu sama lain malah surau tersebut telah memainkan peranan sebagai lokasi penduduk kampung bersatu," katanya.


Telemovie Ah Meng mengmabil masa tujuh hari untuk disiapkan dan menjalani pengambaran di Pasir Mas dan Kota Bharu Kelantan.


Tambah Nasyriq,  namun niat baik Ah Meng, Ibrahim dan penduduk kampung telah mendapat tentangan daripada  anak sulung seorang tokoh agama kampung yang telah meninggal dunia. 

"Dia  mendakwa tanah tapak surau tersebut miliknya walaupun telah diwakafkan oleh arwah ayahnya. Ini disebabkan lelaki tersebut hendak menjualnya dengan nilaian ratusan ribu ringgit kepada sebuah syarikat perumahan yang bakal menjalankan projek perumahan moden di kawasan tersebut.

“Ah Meng, Ibrahim dan penduduk kampung bersama-sama mahu mempertahan surat tersebut dan sanggup membuat apa sahaja daripada dirobohkan sehingga terpaksa menjual emas dan membuat kutipan sumbangan.

"Saya berasa lega pengambaran telah pun berakhir dan berharap segala perancangan akan berjalan lancar dan skrip hasil karya Mejar Zainal Hayat ini mampu memberi impak positif, dijadikan tauladan dan motivasi kepada penonton,” ujarnya. - KitaReporters


        

6
11
0
12
0
You will be interested