Seni & Sukan 07 Jan, 2023

Peminat tegar Salman Khan! Kayuh basikal 1,100km! 5 hari perjalanan! Memori indah bertemu artis idola!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Seorang peminat Salman Khan yang dikenali sebagai Sameer amat bangga dapat bertemu dan bergambar bersama-sama dengan artis idolanya di Mumbai, India. - Foto kredit: timesofindia


Terkejut dan kagum! Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan agak terperanjat dan sukar mempercayainya apabila menerima seorang tetamu (tidak diundang) dari jauh yang tidak dikenalinya; semata-mata ingin meraikan ulang tahun kelahiran Salman ke-57 tahun yang disambut pada 27 Disember 2022.

Begitulah tindakan ‘nekad’ seorang peminat (Salman), tergila-gilakan atau ‘deewana’ (Bahasa Urdu) terhadap artis kesayangannya sanggup melakukan apa sahaja (perbuatan) asalkan dapat bersama. 

Hatta disuruh berkayuh, berjalan, berenang dan lain-lain; walaupun jaraknya jauh beribu-ribu batu atau kilometer (km) tetap dilakukan asalkan bertemu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Bollywood Salman Khan

Sameer dan Salman bergambar kenangan dalam satu rakaman video yang disebarkan oleh kelab peminat Salman.


Kelab peminat Salman (Salman Khan's fan club) pada penghujung Disember 2022 teruja berkongsi foto tentang kegigihan dan semangat seorang peminat tegar (Salman) dikenali sebagai Sameer, mengayuh basikal sejauh 1,100 km semata-mata ingin berjumpa dengan artis idolanya lapor portal berita Indianexpress.com

Secara kebetulan, pelakon kesayangan (Sameer) berada di kediamannya, jika tidak pasti hampa dan kecewa. 

Manakan tidak, lima hari berkayuh dengan cuaca yang sejuk sejak 22 Disember 2022 dari Jabalpur, Madhya Pradesh dan selamat tiba 29 Disember 2022 di Mumbai (Maharashtra), India.

Ketibaan pemuda itu tidak menghampakan dan dia amat bertuah apabila Salman menyambut kedatangannya di depan kediaman mahligainya dengan layanan penuh mesra seperti tetamu lain yang pernah dilakukan pelakon bertubuh sasa itu.  

Sameer begitu gembira dapat bersalaman dengan hero ‘Megastar’ dan dia kemudian diajak terus masuk ke dalam (kediaman Salman) serta  dipelawa menjamu selera masakan dan minuman hidangan istimewa buat peminat setianya.

Pemuda dengan basikal tertera perkataan ‘Being Human’  itu mengambil peluang untuk berinteraksi dengan artis idola itu dan mereka berdua dilaporkan turut membincangkan perkembangan projek Salman yang akan datang, termasuk filem ‘Tiger 3’ membariskan pelakon Emraan Hashmi dan Katrina Kaif

Selain itu, Salman turut terlibat dengan projek terbaharunya iaitu 'Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan'



Terdahulu pada 27 Disember 2022 kediaman Salman penuh sesak dibanjiri lautan peminat yang berkumpul membawa sepanduk dan posternya serta bersorak di hadapan rumahnya di Mumbai.

Sambutan ulang tahun kelahiran superstar itu berlangsung secara besar-besaran dan menjadi tidak terkawal. Pihak polis terpaksa bertindak menghalang orang ramai menghampiri kediaman artis itu menggunakan rotan dan kayu apabila suasana bertambah tegang dan ganas. - KitaReporters


Salman Khan melambai-lambaikan tangannya serta mengucapkan terima kasih kepada ribuan peminatnya. – Kredit foto: Akaun Twitter  MegaStar Salman Khan’s fan@Beingvicky786


Sumber:

https://indianexpress.com/article/entertainment/bollywood/salman-khans-fan-travels-1100-km-on-bicycle-to-meet-the-star-photos-8358846/

https://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/hindi/bollywood/news/salman-khan-poses-with-a-fan-who-travelled-1100-km-from-jabalpur-on-cycle-to-meet-him-see-photos/articleshow/96702521.cms

https://www.hindustantimes.com/entertainment/bollywood/salman-khan-poses-with-fan-who-cycled-from-jabalpur-to-mumbai-to-meet-him-see-pics-101672726273290.html

https://twitter.com/beingvicky786

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5133259&extra=&mobile=2&mobile=

11
11
0
9
0
You will be interested