Seni & Sukan 15 Nov, 2022

82.5% rakyat sokong Keluarga Malaysia! Mahu program JaminKerja diteruskan pada masa hadapan! - PM

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PERDANA MENTERI menegaskan, Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Ilham Centre baru-baru ini, mendapati 82.5 peratus rakyat mahu program JaminKerja Keluarga Malaysia diteruskan pada masa hadapan.  

"Impak positif daripada program JaminKerja - Insentif Penggajian yang dilaksanakan oleh PERKESO telah diteruskan dalam Bajet 2023.  

"Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 28 Oktober 2022 jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak  65,774 orang pekerja dengan penglibatan 8,513 majikan.  

"Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Ilham Centre baru-baru ini, mendapati 82.5 peratus rakyat mahu  program JaminKerja diteruskan pada masa hadapan," kata Ismai Sabri Yaakob pada Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera pada Sabtu, 12 November 2022 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Bera, Pahang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JaminKerja Keluarga Malaysia


Sehubungan itu, katanya, beliau berharap para majikan memanfaatkan Program JaminKerja - Insentif Penggajian yang menawarkan insentif kewangan kepada majikan sehingga RM42,000 untuk tempoh 12 bulan bagi setiap pekerja baharu yang diambil  bekerja

"Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia adalah manifestasi komitmen Kerajaan dalam menyediakan peluang  pekerjaan yang lebih menyeluruh dan menghasilkan pembangunan ekonomi lebih mampan," tegasnya.

Perdana Menteri berkata, beliau gembira dengan sambutan penganjuran Karnival Kerjaya dan Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diadakan di Bera, apabila terdapat lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan daripada 15 majikan.  

Selain menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan Keluarga Malaysia, karnival ini juga turut  membuka peluang untuk anak muda Bera meningkatkan  kemahiran dan menjana pendapatan," tambahnya. - KitaReporters



Teks ucapan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera pada Sabtu, 12 November 2022 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Bera, Pahang 


1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan  limpah kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat berkumpul  bersama-sama bagi menjayakan Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera pada hari ini (12 November 2022). 

2. Terlebih dahulu, saya ingin menzahirkan ucapan penghargaan kepada PERKESO, HRD Corp dan Miat Quadra E-Sport Club di atas kejayaan menganjurkan acara yang menghimpunkan anak muda dari Parlimen  Bera dan kawasan sekitarnya.  

3. Tahniah kepada penganjur kerana mengetengahkan e-sukan yang kini sudah menjadi trend dalam kalangan belia termasuk di daerah Bera. Syabas saya ucapkan. 

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,  

4. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada sebilangan besar Keluarga Malaysia sehingga ada yang  kehilangan pekerjaan dan masih menganggur. 

5. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia sentiasa  mengambil langkah memastikan kebajikan pekerja dan  majikan termasuk mereka yang terlibat dalam ekonomi baharu seperti gig. Ekonomi gig kini menjadi alternatif  untuk Keluarga Malaysia menjana pendapatan.  

6. Jika pada tahun 2020, hanya segelintir gig riders dilindungi, kini lebih 260,000 mendapat perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO, setelah Kerajaan turut menyumbang  kepada carumannya. RMK-12 turut memberi tumpuan  khas kepada pengembangan ekonomi gig sebagai salah  satu dimensi ekonomi baharu yang perlu diberi perhatian. 

7. Selain itu, program kemahiran semula dan penjanaan pendapatan juga diperkenalkan untuk mereka yang  kehilangan pekerjaan dan pendapatan apabila syarikat syarikat yang menjadi tempat mereka bekerja terpaksa  mengurangkan operasi atau ditutup. 

8. Di bawah Sistem Insurans Pekerjaan ditawarkan oleh PERKESO, seramai 188,526 Keluarga Malaysia telah  menerima manfaat faedah kewangan berjumlah RM1 bilion bagi membantu mereka yang terkesan meneruskan  kehidupan harian. Ini belum mengambil kira pampasan,  bantuan perkhidmatan pekerjaan juga turut diberikan. 

9. Sementara itu, Program PENJANA HRD Corp pula telah berjaya memberikan latihan semula kepada hampir  100,000 Keluarga Malaysia daripada pelbagai latar belakang, dengan peruntukan RM500 juta sepanjang  tahun 2020 hingga 2021.  



Keluarga Malaysia yang saya kasihi,  

10. Impak positif daripada program JaminKerja - Insentif Penggajian yang dilaksanakan oleh PERKESO telah  diteruskan dalam Bajet 2023.  

11. Berdasarkan statistik PERKESO, sehingga 28 Oktober 2022 jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak  65,774 orang pekerja dengan penglibatan 8,513 majikan.  

12. Kajian Tahap Penerimaan Rakyat Terhadap Kerajaan dan Dasar Keluarga Malaysia yang dilaksanakan oleh Ilham Centre baru-baru ini, mendapati 82.5 peratus rakyat mahu  program JaminKerja diteruskan pada masa hadapan. 

13. HRD Corp turut memperkenalkan HRD Corp Placement  Centre (HPC), pada April tahun lalu (2021). Ia merupakan portal sehenti pemadanan latihan kemahiran serta kaunseling dan bimbingan kerjaya yang telah menyediakan hampir  60,000 penempatan pekerjaan.  

14. Selain itu, rakyat Malaysia yang celik IT, kini lebih mudah mendapat pekerjaan dengan Portal MYFutureJobs yang  diiktiraf sebagai Portal Pekerjaan Negara kendalian  PERKESO. 

15. Sehingga 28 Oktober 2022, portal ini telah berjaya membantu 682,681 individu dari pelbagai kategori  mendapat pekerjaan di seluruh negara. 

16. Selaras dengan transformasi digital negara, HRD Corp  juga memperkenalkan aplikasi super MyHRDCORP, yang  menawarkan semua perkhidmatan, maklumat dan inisiatif  dalam satu platform dan kini mempunyai lebih 12,000  pengguna. 

Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

17. Saya gembira dengan sambutan penganjuran karnival Kerjaya dan Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang  diadakan pada hari ini, apabila terdapat lebih 2,000  peluang pekerjaan ditawarkan daripada 15 majikan.  

18. Selain menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan Keluarga Malaysia, karnival ini juga turut  membuka peluang untuk anak muda Bera meningkatkan  kemahiran dan menjana pendapatan. 

19. Bagi meningkatkan peluang pekerjaan khususnya bagi  komuniti luar bandar, PERKESO dengan kerjasama  beberapa kementerian, agensi dan institusi turut  memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs.  

20. Sehingga kini, terdapat 150 Pusat Satelit di pelbagai lokasi seluruh negara dan 9 daripadanya adalah di negeri  Pahang. 

21. Rakyat di Pahang dan sekitarnya berpeluang mendapat  akses kepada fasiliti Pusat Satelit ini bagi mendapatkan  perkhidmatan pekerjaan termasuk akses kepada Portal  MYFutureJobs.  

22. Antaranya ialah: 

i. Pusat Komuniti Desa (PKD) Tembangau,  

ii. PKD Janglau,  

iii. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  Kampung Balok Pantai 

iv. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)  Kampung Tempoyang 

24. Dalam masa yang sama, Jabatan Penjara Malaysia (JPM)  Bentong, Institut Pengajian Tinggi iaitu University College  Yayasan Pahang (UCYP) dan Politeknik Muadzam Shah  turut memainkan peranan sebagai Pusat Satelit  MYFutureJobs. 



Keluarga Malaysia yang saya kasihi, 

25. Saya berharap para majikan memanfaatkan Program  JaminKerja - Insentif Penggajian yang menawarkan insentif  kewangan kepada majikan sehingga RM42,000 untuk tempoh 12 bulan bagi setiap pekerja baharu yang diambil  bekerja. 

26. Inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia adalah manifestasi  komitmen Kerajaan dalam menyediakan peluang  pekerjaan yang lebih menyeluruh dan menghasilkan pembangunan ekonomi lebih mampan.  

27. Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan  tahniah kepada Miat Quadra E-Sport Club kerana  menganjurkan Santai e-Games, yang berjaya menarik  penyertaan hampir 300 anak muda Bera.  

28. E-sukan sudah tidak asing lagi dalam kalangan belia dan  tanggapan masyarakat juga sudah berubah terhadap e-sukan, yang kini sudah mampu menjadi kerjaya kepada anak muda.  

29. Industri e-sukan dunia juga sedang giat berkembang dan ia dijangka mampu menjana pendapatan sehingga  RM7.56 bilion pada tahun 2024.

30. Kerajaan juga komited untuk membangunkan pembangunan e-sukan di negara ini dengan jumlah  peruntukan sebanyak RM13 juta dalam Bajet 2023.  

31. Saya dimaklumkan juara Liga Profesional Mobile Legends  (MPL) MY musim ke-10, Team Haq Esports Club yang  menduduki ranking ke-4 dunia, juga hadir untuk memeriahkan karnival pada hari ini. 

32. Pasukan ini juga akan mewakili Malaysia di Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang M4 pada tahun  hadapan (2023) di Jakarta.  

33. Akhir kata, saya berharap Karnival Keluarga Malaysia: Anak Muda Gegor Bera dapat dijadikan acara tahunan,  dan menjadi platform kepada belia khususnya di Bera,  untuk menerokai peluang pekerjaan dan meningkatkan  sosio-ekonomi mereka. 

34. Dengan hasrat tersebut dan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Karnival  Keluarga Malaysia Anak Muda Gegor Bera.  


13
9
0
13
0
You will be interested