Cik Man pernah cuba diganding dengan Ajak dan Suraya
SURIA FM adalah salah satu daripada 3 stesen radio swasta utama berbahasa Melayu di negara ini dan sentiasa bersaing untuk mendapat pendengar paling ramai dan menjadi stesen radio paling berpengaruh. Pemilihan individu terkenal cukup berpengaruh bagi tujuan itu.
Setelah Fizi Ali berhenti secara mengejut, pihak pengurusan Suria FM cuba mencari individu berkaliber untuk menjadi DJ atau penyiar baharu.
Suria FM pernah cuba mengandingkan penceramah agama PU Azman (Azman Syah Alias) atau lebih dikenali sebagai Cik Man sebagai DJ di samping penyiar sedia ada iaitu Ajak dan Suraya. Namun pihak pengurusan terus mencari individu yang punya ciri lebih sesuai sebagai DJ seperti mempunyai kebolehan sebagai pelawak.
Lalu pelawak terkenal Shuib Sepahtu menjadi idaman pihak Suria FM kerana dia pernah menjadi penyiar di Hot FM selama 2 tahun sehingga Januari 2021.
Shuib yang kini banyak menumpukan bidang perniagaannya tertarik dengan tawaran Suria FM.
Pengumuman penyertaan Shuib ke Suria FM dibuat pada siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung di pusat beli belah IOI City Mall, di Putrajaya, pada petang Sabtu, 27 Ogos 2022.
Shuib, 38, atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bakal berganding dengan Ajak dan Suraya mulai Isnin, 29 Ogos 2022 menerusi segmen ‘Team Pagi Suria’ yang turut diberikan penjenamaan baharu sebagai ‘Morning Morning Suria’.
Pemilihan Shuib itu juga bagi menggantikan tempat penyampai, Fizi Ali yang berhijrah ke stesen Hot FM mulai 2 Ogos 2022.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid, lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, pemilihan Shuib itu diharap dapat memberikan impak yang lebih kepada stesen radio mereka.
"Kami berharap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria FM sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu."Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai ‘Suria Pagi’ yang kini dikenali sebagai ‘Morning Morning Suria’," katanya kepada media.
Kemunculan Shuib sebagai anggota baharu Sinar FM dilakukan dengan Shuib tampil membawa sebuah motosikal sebagai hadiah utama cabutan bertuah sekali gus diumumkan sebagai penyampai baharu.
Sementara itu, menurut DJ Lin, jelajah pada Sabtu, 27 Ogos 2022 dihadiri lebih 12,000 pengunjung. Ia adalah penampilan pertama Suria FM di Lembah Klang, selepas dua tahun tidak turun padang bertemu peminat disebabkan pandemik Covid-19.
Tambahnya, ia adalah jumlah pengunjung paling ramai berbanding dengan siri jelajah sebelumnya iaitu di Kuantan, Pahang; Alor Setar, Kedah; dan Johor Bahru, Johor bermula awal bulan Ogos 2022 ini.
Siri jelajah di Putrajaya menyaksikan persembahan lebih 18 artis popular antaranya Dayang Nurfaizah, Imsoniacks, Amir Uk's, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Muss, Floor 88, Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Iman Troye dan Amir Masdi.
s