Seni & Sukan 02 Sep, 2022

Video| Tahniah Lee Tuck! Pemain import Sri Pahang sah rakyat Malaysia! Lengkap proses naturalisasi!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Lee Andrew Tuck - Kredit foto: Stadium Astro


PEMAIN import Sri Pahang FC, Lee Andrew Tuck pada 31 Ogos 2022 lalu sah mendapat kerakyatan Malaysia selepas melengkapkan proses naturalisasi.

Perkembangan itu diumumkan oleh pemain pertahanan berusia 34 tahun kelahiran England itu menerusi hantaran dalam Instagramnya pada Hari Kebangsaan Ke-65 itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemain naturalisasi


Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan pendaftaran proses naturalisasi melibatkan dua pemain import  Sri Pahang iaitu Lee Tuck dan Sergio Fabian Ezequiel Aguero sebagai pemain tempatan pada musim ini.

“Hari ini (31 Ogos 2022) akhirnya dan secara rasminya saya boleh katakan saya warganegara Malaysia.

“Saya sangat bersyukur mendapat kewarganegaraan Malaysia. Proses ini merupakan perjalanan yang sukar dengan membuat pelbagai pengorbanan untuk sampai ke sini dan pastinya peluang yang ada tidak dapat saya lepaskan,” tulisnya.



Lee Tuck sertai pasukan Sri Pahang FC sejak musim lalu. - Kredit foto: Majority.com.my


Tuck mula bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) apabila menyertai pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2017 sebelum berhijrah ke Terengganu FC pada tahun 2018 dan kini bersama Sri Pahang FC sejak musim lepas (2021).

Selain Tuck, skuad Sri Pahang turut dibarisi pemain-pemain import iaitu Sergio Aguero, David Rowley, Nicholas Swirad, Samassa Mamadou, Johan Cedric Francois Martial, Sean Gan Gianelli, Manu Hidalgo dan Billy Ketkeophomphone.

Menurut peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), pemain naturalisasi perlu melepasi tempoh lima tahun selepas mendapat kerakyatan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan, kecuali sekiranya pemain berkenaan berada di bawah program naturalisasi kebangsaan. - KitaReporters



Rujukan:

https://www.malaysiakini.com/news/634176?fbclid=IwAR1QL8up9px4gS_6MfCMLH0Y9x8_LwLrINGPGs23_r0zpJo1k1KPdfgv5W4

https://sukanz.com/202215226/

https://en.wikipedia.org/wiki/Lee_Tuck

4
16
0
17
0
You will be interested