Seni & Sukan 05 Feb, 2021

Ops pejabat agama Kulim! Wanita, anak saudara 16 tahun antara 3 pasangan dicekup berkhalwat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


SEORANG wanita dan anak saudaranya berumur 16 tahun adalah antara tiga pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di dua tempat berasingan di daerah Kulim, Kedah pada awal pagi,  2 Febuari 2021.

Operasi yang dijalankan oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) amat mengejutkan kerana tangkapan pasangan terbabit melibatkan wanita yang berumur 39 tahun itu merupakan ibu saudara kepada seorang remaja perempuan yang tergamak pula mengajak anak saudaranya untuk melakukan perbuatan terkutuk.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan khalwat:

https://kitareporters.com/search?search=khalwat


WANITA dan anak saudaranya dicekup disyaki berkhalwat bersama pasangan masing-masing di Taman Desa Impiana, Kulim, Kedah pada 2 Februari 2021. - Kredit Foto : PADK  


Ketika ditangkap pada pukul 2.15 pagi, di sebuah rumah Taman Desa Impiana, Kulim mendapati dua wanita itu sedang berada di dalam rumah yang disewa oleh dua lelaki masing-masing berusia 18  tahun dan 23 tahun. 

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mat Saad memberitahu, sepatutnya wanita terbabit tidak melakukan perbuatan tersebut dan ia melibatkan anak saudaranya masih di bawah umur yang perlu diberi bimbingan dalam perkara kebaikan. 

Beliau berkata, semasa soal siasat pada pasangan terbabit, wanita itu memberi alasan mereka berdua terpaksa menumpang bermalam di rumah lelaki itu kerana ketika itu dia belum memiliki rumah sewa lagi.

Menurutnya, wanita itu termasuk anak saudaranya berasal dari daerah Sik dan datang ke Kulim untuk berkerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan sejak tiga minggu lalu. 

``Walaupun pelbagai alasan yang diberi oleh wanita itu termasuk mereka berdua tinggal di rumah lelaki terbabit untuk sementara waktu sebelum mereka mempunyai rumah sewa lain. 

``Tetapi perbuatan itu memang salah kerana mereka bukanlah pasangan suami isteri yang sah sebaliknya tindakan mereka itu  boleh menjurus ke arah perbuatan maksiat apatah lagi mereka terdiri dua pasangan tinggal di rumah itu,’’ katanya.


WANITA yang tidak berbaju berasal dari Perak ditangkap berkhalwat di taman perumahan di Kulim, Kedah pada 2 Februari 2021. - Kredit Foto: PADK 


Sebelum itu, dalam operasi yang sama, Shariffudin berkata pada pukul 12.15 pagi pihaknya  telah menangkap seorang lelaki berusia 36 tahun bersama pasangannya wanita berumur 19 tahun di sebuah rumah di taman perumahan di Kulim. 

Beliau berkata, lelaki tersebut tinggal di Pulau Pinang, manakala wanita itu berasal dari Perak tetapi dia tinggal di taman perumahan itu. 

Menurutnya, semasa mereka ditangkap, lelaki yang berkerja kilang itu memberi alasan dia hanya menumpang tidur di rumah teman wanitanya sebelum pulang ke Pulau Pinang pagi esok.


LELAKI yang tinggal di Pulau Pinang bersama wanita yang ditangkap khalwat di taman perumahan Kulim, Kedah pada 2 Februari 2021. - Kredit foto: PADK 


``Ketika anggota penguat kuasa PADK memasuki rumah terbabit, lelaki tersebut bersembunyi di belakang pintu bilik untuk mengelakkan dirinya dijumpai pihak kami. 

``Tiga pasangan berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 25  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri 2014 dan jika sabit dengan kesalahan itu mereka boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara ataupun kedua-duanya,’’ ujarnya. - KitaReporters

6
2
4
5
3
You will be interested