Seni & Sukan 22 Jul, 2021

Video| Selepas Yuna, giliran Layla Sania pula! Hiasi papan iklan digital Times Square, New York!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


NAMPAK gayanya, penyanyi-penyanyi remaja tempatan yang berkebolehan menyanyi lagu Mandarin semakin meningkat.

Selain Masya Masyitah, 21, yang baharu sahaja mengeluarkan single terbaharunya, seorang lagi yang tiga tahun lebih muda, Layla Sania turut mencipta kejayaan tersendiri.

Bezanya, Layla Sania Khairuzikri, 19, bukan mencipta nama di negara Cina tetapi lebih membanggakan wajahnya terpampang pada papan iklan digital (billboard) terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat, pada hari umat Islam seluruh dunia menyambut perayaan Aidiladha pada Selasa, 20 Julai 2021 (tarikh Aidiladha di Amerika Syarikat) lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Layla Sania


Papan iklan digital yang memaparkan wajah Layla Sania di Times Square, New York.


Ini menjadikan Layla penyanyi Malaysia terbaharu mendapat peluang itu setelah wajah penyanyi antarabangsa, Yuna dipaparkan di papan iklan digital sama sebelum ini pada Mei 2021 lalu.

Kemunculan Layla Sania pada papan iklan berkenaan adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia & Singapura dalam kempen Equal oleh Spotify yang membabitkan 35 artis mewakili 50 negara antaranya Taiwan, Thailand, Korea mahu pun Amerika Syarikat dan lain-lain.




Equal merupakan program global yang dibawakan khas oleh platform penstriman muzik Spotify dalam memupuk kesamaan dalam mengetengahkan artis wanita di seluruh dunia. 

Bekas pelajar di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur ini yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia, baharu sahaja melancarkan single pertamanya di dalam bahasa Mandarin berjudul ‘By Your Side’ pada Januari 2021 lalu selepas kejayaan dua single dalam Bahasa Malaysia yang berjudul ‘Lakaran’ pada Mac 2020 dan ‘Que Sera Sera’ pada tahun 2019. 



Ternyata paparan wajah Layla Sania pada papan iklan digital di Times Square, New York ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakannya.

“Saya rasa amat terharu dan berharap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita di luar sana. Kita mempunyai kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan tidak kira di mana sahaja kita berada,” lapor Layla bersyukur.



Katanya, beliau tidak pernah membayangkan dapat melihat wajah sendiri pada papan iklan digital di Times Square, New York yang pernah memaparkan barisan wajah-wajah artis terkenal seperti Yuna serta artis wanita antarabangsa lainnya.

“Layla benar-benar bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada Equal oleh Spotify. Ini sangat bermakna bagi Layla sebagai penyanyi. 

Layla tidak pernah membayangkan melihat diri Layla pada papan iklan digital di Times Square, New York City sama seperti Yuna dan barisan artis wanita antarabangsa yang lain,” akhirinya.

Tahniah Layla! - KitaReporters


1
0
0
0
1
You will be interested