SEORANG anggota polis bersama lima penduduk kampung yang sedang mengusung mayat mangsa lemas terhumban ke dalam sungai setelah jambatan buluh dilalui mereka tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia pada 23 Januari 2022.
Kejadian berlaku sewaktu mereka membawa mayat seorang penduduk bernama Santarji, 63, yang ditemui lemas di sungai tidak jauh dari jambatan itu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jambatan
Terdahulu, pihak polis ke lokasi berkenaan untuk membawa mayat Sartarji ke sebuah hospital untuk bedah siasat setelah mayatnya berjaya ditemui penduduk kampung.
Memetik laporan Kompas.com pada 24 Januari 2022 lalu memberitahu semua polis dan orang awam terlibat terselamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan berkenaan dan mayat mangsa lemas juga berjaya dibawa naik semula.
Kredit foto : Kompas.com
"Jambatan buluh yang sudah lama dan hampir reput tidak mampu menampung jumlah orang ramai pada satu-satu masa hingga menyebabkan ia runtuh," lapor Kompas.com.
Kemalangan jambatan runtuh berkenaan turut tular dalam media sosial yang memaparkan kelihatan seorang anggota polis bersama lima warga sedang mengusung beg jenazah di atas jambatan buluh. - KitaReporters
Kredit foto : Kompas.com
Jambatan buluh hampir runtuh semasa anggota polis dan penduduk kampung melalui jambatan itu. - Kredit foto : Kompas.com