SEBELUM nekad untuk mengubah dirinya menjadi lebih sihat dan tampil cantik. - Kredit foto: Instagram @jackie.leeann_
MEMPUNYAI bentuk badan yang comel berisiko menjadi mangsa buli, situasi berkenaan jika berlarutan boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang. Kisah sama turut berlaku seorang wanita di Texas, Amerika Syarikat (AS) yang nekad untuk mengubah penampilan diri apabila sering dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya suatu masa dahulu.
Memetik laporan dailystar.co, Jackie Campbell pernah digelar ikan paus oleh rakan sekolah kerana badannya yang agak comel dan mempunyai berat badan 117 kilogram.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kegemukan:
https://kitareporters.com/search?search=gemuk
Lebih menyedihkan wanita berusia 26 tahun itu berkata, pelbagai kejian dilemparkan kepadanya sejak di sekolah rendah lagi hanya kerana dia mempunyai bentuk badannya yang gempal berbanding rakan sekelas yang lain.
Malah ada rakan menyatakan dirinya adalah punca berlaku gempa bumi kerana terlalu berat.
Amboiii.. tak sayang mulut ke cakap gitu!
TERKINI lebih menawan dan sihat dengan gaya hidup yang sihat.
Katanya dia mempunyai keturunan yang berbadan besar
dan semua ahli keluarga menjadikan makanan adalah ‘kawan baik’.
Namun ketika usianya menginjak 18 tahun dia tampil berani dan menyimpan hasrat untuk berubah. Malah dia sanggup terbang ke Mexico semata-mata melakukan pembedahan untuk menurun berat badan.
SANGGUP terbang ke Mexico untuk menjalani pembedahan menguruskan badan.
Kini selepas lapan tahun berlalu semuanya berubah
Campbell pula tampil menawan dengan penampilan yang baru selepas berjaya
menjalani pembedahan membuang lemak selain mengamalkan gaya hidup sihat.
Lebih mengejutkan rakan-rakan sekolah yang dulunya
membuli kini mula terpikat dengannya.
“Banyak masa dalam hidup saya menderita kerana bentuk
badan saya yang tidak sama seperi remaja lain.
“Situasi itu membuatkan saya nekad untuk berubah dan pernah seorang kawan berkata sekiranya saya kurus dan menjadi cantik,” ujar yang kini memiliki berat badan 57 kilogram.
KEHIDUPAN lebih ceria dengan gaya hidup yang sihat.
Semangat itu terus dipegang sehingga nekad untuk
berubah.
Kini Campbell menjalani gaya hidup sihat sering
melakukan aktiviti riadah bagi mengekalkan bentuk badan yang ideal.
Semoga Campbell terus sihat dan perjalanan untuk kurus memberi inspirasi kepada wanita lain untuk terus sihat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bravolah sis! - KitaReporters