Keterujaan seorang ibu muda yang pertama kali memasuki Taman Tema Parc Saint-Paul, Oise di Perancis untuk menyambut hari jadi anak keduanya bersama keluarganya bertukar menjadi tragedi, baru-baru ini. Memetik laporan CNN, kegembiraan itu bertukar menjadi insiden sedih apabila wanita berusia 32 tahun itu maut selepas terjatuh dari aras ketinggian ketika menaiki rollercoaster Formula 1 di taman tema berkenaan. Dah ajal... apa lagi nak kata! : KitaReporters
Taman Tema Parc Saint-Paul, Oise di Perancis
ROLLERCOASTER yang dinaiki wanita sehingga meragut nyawanya di Taman Tema Parc Saint Paul, Oise di Perancis baru-baru ini. - Kredit foto: Mirror.Co.uk
Menurut seorang saksi yang dikenali Farida, ketika kejadian berkenaan suami wanita terbabit cuba membantu
isterinya dengan memegang kaki daripada terjatuh, namun sudah ajal menyebakan isteri terjatuh dari
aras yang tinggi.
Malang tidak berbau!
Kongsi Farida lagi, ketika kejadian tersebut, dia bersama anaknya sedang menunggu giliran untuk menaiki rollercoaster berkenaan sebelum terdengar ada bunyi jeritan yang kuat.
Dia lalu mencari arah bunyi berkenaan sebelum melihat seorang wanita terjatuh dari rollercoaster.
TAMAN tema tersebut ditutup kepada orang ramai buat masa ini dan akan dibuka semula selepas siasatan selesai.
"Wanita itu terkeluar daripada palang keselamatan ketika menaiki rollercoaster, suaminya cuba membantu namun gagal,” kata Farida kepada CNN.
Katanya lagi, sekumpulan pasukan keselamatan telah dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun wanita itu disahkan sudah meninggal dunia.
Sehingga kini, kawasan taman tema itu menutup operasi kepada orang awam.
Sebelum ini, pada 2009 satu kejadian serupa pernah berlaku melibatkan seorang wanita terkorban ketika menaiki permainan tersebut.
Formula 1 Coaster adalah salah satu daripada 45 tarikan yang berada di taman tersebut.
Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita untuk memberi keutamaan kepada faktor keselamatan ketika berada di mana-mana. - KitaReporters
KEMATIAN tersebut dilaporkan bukan yang pertama kali berlaku, sebaliknya kejadian sama berlaku pada 2009 lalu.