Seni & Sukan 11 Nov, 2020

Kolaborasi Ali Gatie & Bunga! Welcome Back rapper berhijab!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

JIKA disebut Bunga Citra Lestari (BCL), nama ini sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan rantau Asia apatah lagi antara Malaysia dan Indonesia. Dan bila disebut Bunga Isme dari Malaysia, rasanya nama ini juga setanding artis Indonesia tersebut kerana namanya turut meniti di bibir media antarabangsa. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Bunga Isme:

https://kitareporters.com/search?search=bunga+isme


Apatah lagi dia pernah dilaporkan dalam portal antarabangsa  menerusi artikel The New York Times dan sebuah video daripada Bloomberg, malah kini melangkah setapak lagi dalam membina namanya ke peringkat global. 

Dia yang dimaksudkan itu sudah tentu gadis rapper wanita yang membawa imej bertudung, berbaju kurung dan berkasut sukan, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 20, atau lebih popular dikenali sebagai Bunga Isme sehingga sebuah filem sulung lakonannya pun diperkenalkan dengan judul ‘Aku, Bunga’.

Setelah melancarkan single duetnya bersama ‘kekasih hati’, Amzar Sabri yang berjudul ‘300 Saat’ pada September 2020, kini anak jati Perak ini muncul dengan projek kolaborasinya dengan artis terkenal antarabangsa, Ali Gatie  berjudul ‘Welcome Back’. 

Lagu asal versi Inggeris ini dinyanyikan oleh Ali Gatie dan Alessia Cara, dan kemunculan Bunga merupakan untuk projek kolaborasi Ali Gatie bersama wakil dari Malaysia.




Tetapi sebelum itu, sesiapa yang belum mengenali  Ali Gatie tentu nak tahu siapa sebenarnya beliau kan?

Ali Gatie, 23,  merupakan seorang  penulis lagu dan penyanyi rap, Iraq-Kanada yang berasal dari Yemen. Lagunya tahun 2019, ”It's You" menduduki carta terbaik dalam US Billboard Hot 100 malah mendapat sambutan hangat seluruh dunia terutama di Australia, Kanada, Ireland, Sweden, New Zealand dan Jerman.

Sejak 2 tahun yang lalu, beliau telah mendapat lebih daripada 3 bilion penstriman digital dan tiket konsert jelajah dunia juga sering habis dijual dalam masa yang singkat. 

Lagu-lagunya, ‘Say To You’, “Moonlight” dan ‘Its You’ antara single Ali yang popular di Malaysia.




Jadi, sudah tentu kolaborasi bersama Ali Gatie merupakan satu pencapaian yang meningkat kerjaya seni Bunga kan?

Iyalah, sebelum ini pun Bunga pernah dikenali ramai selepas memasuki pertandingan rap ‘U Try Rap Please’ – sebuah uji bakat pertarungan rap dan telah terpilih untuk tampil dalam pertarungan tersebut secara langsung buat pertama kalinya. 

Selain daripada itu, Bunga juga terus menunjukkan kemahiran rapnya melalui acara ‘Hear Me Out’, satu platform yang menampilkan persembahan para rapper dari Malaysia. bahkan Bunga juga pernah muncul pada acara ‘16 Baris’ pada musim kedua dan mendapat lebih daripada satu juta tontonan.

Pendek kata, baharu setahun jagung menceburi industri hiburan dengan single ‘Bunga’  di bawal label Warner Music Malaysia, namanya terus meningkat dan dikenali ramai.



“Saya amat terharu apabila diberikan peluang untuk menyanyikan semula lagu ‘Welcome Back’ dengan artis kesukaan saya, Ali Gatie. Penghasilan lagu ini boleh dikatakan mudah kerana ia merupakan antara lagu kesukaan saya. 

"Jadi Bunga dapat menghasilkan lirik lagu ini dan merekodkan verse dengan senang dan semula jadi. Bunga berharap para pendengar dapat menerima dan menikmati lagu ‘Welcome Back’ versi ini seperti saya menikmati lagu ini,” ujar Bunga mengenai kolaborasi terbaharunya  tahun ini.

Lirik nyanyian semula Bunga ini direkodkan oleh Amzar Sabri dan dihasilkan oleh Rozhan Razman daripada Playspace.

Apa pun,  Bunga yakin single terbaru daripada Ali Gatie ini yang sememangnya terkenal dengan genre R&B mampu menakluk hati peminat dari setiap pelosok dunia, sekali gus melonjakkan terus namanya dalam peta muzik antarabangsa. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested