Gaya Hidup 13 Nov, 2020

Video| Lelaki Malaysia terkacak di dunia? Harapan pada Fattah

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

JIKA golongan wanita ada kedudukan Ratu Cantik di dunia ini bagi menilai siapa paling menawan, lelaki juga apa kurangnya. Bagi kaum lelaki pula, kita mampu menilai dan melihat sendiri siapa yang terpilih dan diakui sebagai jejaka paling tampan di dunia melalui penganjuran Jejaka Paling Kacak 2020 oleh TC Candler. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah berkaitan Fattah Amin:

https://kitareporters.com/search?search=fattah+amin


Menariknya, pada tahun 2020 ini kita menyaksikan seorang lelaki dari Malaysia telah berjaya masuk 'list' (senarai) rasmi sebagai antara 100 jejaka paling tampan itu. 

Beliau ialah pelakon terkenal, Fattah Amin.

Fattah Amin atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia yang menerima pencalonan untuk edisi kali ini.

Dalam pada itu, tahun ini, seramai 12 lelaki dari negara jiran iaitu Indonesia tersenarai kategori tersebut.



Suami kepada pelakon cantik Fazura yang juga bapa kepada Nur Fatima Aisya itu bakal mendapat tentangan sengit daripada beberapa selebriti dari Hollywood dan K-Pop, serta artis seluruh dunia.

Seperti amalan kebiasaaan format pertandingan ini, TC Candler akan memilih beberapa pencalonan berdasarkan undian daripada peminat yang menamakan artis kegemaran mereka bagi merebut kategori 100 Wajah Paling Kacak dan 100 Wajah Paling Cantik pada tahun tersebut.

Antara figura terkenal yang pernah dinobatkan sebagai Jejaka Paling Kacak ialah artis Hollywood Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Semoga Fattah Amin berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, khususnya memberi kebanggaan buat semua kaum lelaki di Malaysia. 

Biar dunia mengakui bahawa 'jejaka-jejaka di Malaysia adalah tampan dan menawan'. - KitaReporters



2
0
1
0
0
You will be interested

Video| Terharu dan puas! Siti Nurhaliza Queen of the Night! Hiburkan peminat wanita golongan B40!

Siti Nurhaliza terharu, puas dapat adakan persembahan Queen of The Night untuk raikan peminat-peminat wanita daripada golongan B40 di Hotel Royale Chulan, KL

Piala AFC 2022: Kedah DA FC gagal ke akhir zon ASEAN! Meskipun PSM Makassar hanya bermain 10 orang!

Kedah Darul Aman (KDA) FC gagal mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022 Zon ASEAN apabila tewas 1-2 kepada PSM Makassar dalam perlawanan separuh akhir di Bali
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 4 hours ago

Tahniah badang muda! Teruja tunjuk pingat emas kepada Sultan Johor! Juga terima sumbangan peribadi!

Mohamad Aniq Kasdan, pemenang pingat emas pertama negara pada Sukan Komenwel Birmingham 2022 melalui acara angkat berat berpeluang bertemu dengan Sultan Johor
Mohamed Sa'ari in Gaya Hidup 5 hours ago

Baik punya! Pusat Sumber SK Bandar Baru Sintok raih anugerah cemerlang! Dinobat johan Negeri Kedah!

Pusat Sumber SK Bandar Baru Sintok atau diberi nama Perpustakaan Baitul Hikmah dinobatkan sebagai johan Anugerah Pusat Sumber Cemerlang peringkat negeri Kedah
Khadijah Mohamad Nor in Gaya Hidup 13 hours ago

Apa nak jadi! Buat salah, tak buat salah! Sedia bangku untuk perhimpunan sekolah! Netizen berbalah!

Tindakan sebuah sekolah rendah sediakan bangku untuk murid-murid semasa perhimpunan diadakan undang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada puji, ada juga keji
Fitri Hazim in Gaya Hidup 13 hours ago