Seni & Sukan 16 Apr, 2020

TERBAIK!! AARON, ZARINA, SHAHROL, MAN BANTU

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

BARU-BARU ini tular dalam media sosial, kritikan hebat dan pedas netizen terhadap cadangan Persatuan Seniman Malaysia agar kumpulan artis diberikan lebih perhatian dalam pemberian bantuan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Tapi sebenarnya, terdapat artis-artis yang tidaklah mengharapkan "layanan kayangan" dari kerajaan, namun mereka tampil membantu golongan yang berkeperluan. : KitaReporters

Mereka yang terlibat membungkus sebelum menyampaikan kepada yang memerlukan. - Kredit IG Aaron Aziz. 


Pada 27 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Seri Muhyidin Yassin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), sebanyak RM250 billion diperuntukkan di mana ia telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Namun begitu, Persatuan Seniman Malaysia terasa nasib para artis kurang diberi perhatian dan mereka telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak kerajaan yang harus diberi perhatian.

Bagai meletak umpan pada ikan yang liar. 

Cadangan itu ternyata telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang mendakwa perkara itu terlalu 'melampau' dan mereka juga mempersoalkan kenapa kerajaan harus beri perhatian khusus terhadap golongan artis ini.

Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak

Memandangkan netizen ketika itu begitu banyak masa di rumah dan ia seperti mengalu-alukan 'peperangan' dalam media sosial. 

Jangan sesekali mencari isu kerana netizen Malaysia cukup terkenal dan cukup banyak!! 

Benarlah orang tua-tua berkata, dalam setandan buah pisang bukan semuanya busuk. 

Di sebalik kontroversi yang hangat diperdebatkan oleh netizen ketika itu, beberapa artis lain telah bergerak terlebih dahulu memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.

KitaReporters hanya dapat menyenaraikan empat daripada mereka:

4. Aaron Aziz

Antara barangan keperluan yang diberikan oleh Aaron. - Kredit IG Aaron Aziz. 


Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa pelakon ini dan nama beliau begitu sinonim di kalangan rakyat Malaysia.

Pernah memenangi beberapa anugerah di Malaysia, pelakon yang mempunyai wajah tampan ini bergerak aktif membantu mereka yang memerlukan. 



Beliau dan Pertubuhan Kebajikan Journey To Insyirah serta bersama rakan-rakannya telah bergerak memberi bantuan kepada masyarakat di beberapa kawasan seperti Melaka, Sungai Buluh, Shah Alam, Rawang dan beberapa kawasan lagi.


3. Zarina Anjolie


Pelbagai barangan keperluan akan diberikan kepada masyarakat. - Kredit IG Zarina Anjolie 


Beliau antara artis yang lantang bersuara terhadap sesuatu isu seperti bantuan artis dan kritikan beliau juga begitu 'pedas' seperti penembak tepat melepaskan tembakan kepasa mangsanya.

Sebahagian daripada kritikan beliau terhadap sesetengah artis Malaysia. - Kredit IG Zarina Anjolie


Di sebalik mulut beliau yang pedas itu, Anjolie turut membantu masyarakat setempat dengan memberi barangan keperluan asas kepada mereka yang memerlukan. 

Malah, beliau juga antara yang bergerak aktif sejak awal lagi dan jika kita lihat, pelbagai barangan telah diberikan kepada masyarakat setempat.



2. Shahrol Shiro

Shahrol bersama pasukannya menghulurkan bantuan. - Kredit IG Shahrol Shiro. 


Pelawak kumpulan Shiro ini juga antara artis terawal memberi sumbangan dan beliau lebih memfokuskan kepada penduduk setempat di kawasan beliau di Kluang, Johor.

Katanya, dalam membantu, tidak perlu tunggu kaya baru hendak membantu dan berkongsi rezeki itu sangat bermakna.

Selain penduduk setempat, barisan hadapan turut diberi bantuan oleh Shahrol.

Barisan hadapan juga diberi bantuan oleh Shahrol. - Kredit IG Shahrol Shiro. 


Malah, tambahnya jika tidak mampu membantu, jangan menganggu.


1. Man Raja Lawak

Man bersama trofi kemenangan MLM 2019. - Kredit IG Man Raja Lawak. 


Man Raja Lawak telah mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila sanggup membantu dengan menghulurkan kepada mereka yang memerlukan kewangan demi meneruskan kehidupan.

Malah, wang tunai yang diterima ketika memenangi Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 bersama kumpulan Puteh turut disedekahkan kepada masyarakat yang memerlukan. 

Man sendiri menghabiskan RM50,000 dengan membantu mereka yang memerlukan. 

Ini bukan sesuatu yang mudah dan senang tetapi hanya insan yang hebat sahaja mampu melakukan hal sedemikian. 



Dek kerana terlalu ramai memohon bantuan dari Man, beliau sekali lagi bertindak dengan menjual kereta dan motosikal kesayangan beliau yang selama ini merupakan pengangkutan untuk dirinya dan keluarga demi membantu mereka.



Mereka antara artis yang membantu masyarakat ketika memerlukan. 

Bukan sahaja mereka, malah banyak lagi artis di luar sana yang menghulurkan bantuan dalam pelbagai cara cuma kadankala mereka tidak hebohkan kepada orang ramai

Usaha yang baik ini kita harus menyokong supaya mereka akan lebih bersemangat dalam menghulurkan bantuan pada masa akan datang. - KitaReporters

3
0
0
0
0
You will be interested