Seni & Sukan 09 Mar, 2021

Saksikan Maya Karin, Zahirah MacWilson, Zizan Razak! Aksi berbeza dalam Bulan & Pria Terhebat

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Seiring dengan sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac 2021 ini,  Astro First, saluran yang membawa filem ke pawagam di rumah anda bakal menayangkan sebuah filem tempatan yang mengangkat watak hero wanita berjudul ‘Bulan & Pria Terhebat’ ala-ala filem era 50-an “Nora Zain” gitu.

Sebenarnya,  filem arahan pengarah filem meletop ‘Polis Evo 1’, Ghaz Abu Bakar ini yang bakal disiarkan di Astro First bermula 11 Mac 2021 ini pernah ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura pada awal tahun 2020 lalu.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Zahirah Mcwilson:

https://kitareporters.com/search?search=zahirah+macwilson



Namun ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tayangannya terpaksa dihentikan selepas lima hari ditayangkan meskipun dalam tempoh prapandemik ia mendapat sambutan positif.

“Selepas trailer versi baharu dikongsikan dalam akaun media sosial baru-baru ini, rata-rata peminat dan penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini. 

"Jadi melalui tayangan di Astro First, sesiapa yang tidak sempat menontonnya bolehlah menikmatinya bersama keluarga,” ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad yang percaya elemen hero wanita sentiasa menjadi perhatian penggemar filem.





Lebih menariknya apabila filem ini buat pertama kalinya juga menampilkan pelakon popular Maya Karin, 41, yang terkenal dengan jolokan ‘Ratu Filem Seram’ membawa watak antagonis, seorang pembunuh upahan bernama Tony manakala pelakon berdarah campuran sepertinya, Zahirah MacWilson, 26,  membawa adegan aksi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Antara daya tarikan lain, filem komedi aksi ini turut menampilkan lakonan mantap, Zizan Razak, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Marissa Yasmin, Sofia Dendroff, Sein Qudsi, dan Yus Noor. 



Kali ini Zizan Razak juga dilihat membawa watak berbeza berbanding dengan watak yang pernah ditampilkan sebelum ini, iaitu seorang pemandu e-hailing yang meminati sukan papan luncur.

Malah, gandingan Zizan Razak bersama Bell Ngasri dan Alif Hadi mampu membuat penonton terhibur dengan karakter mereka, sekali gus menjadi trio kegemaran abad ini. 

Lebih menarik apabila ‘Bulan & Pria Terhebat’  (BPT) turut diiringi dengan lagu tema rancak bertajuk ‘Roulette’, nyanyian Akim & The Majistret ciptaan bersama Hang Nadim, Gjie, Beby dan lirik oleh Hang Nadim.



‘BPT’ mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. 

Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya daripada genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky yang mengarahkan Tony menghapuskan Bulan dan Haris.

Apa kesudahannya dan nak tahu jawapannya bolehlah langgan Astro FIrst yang mana dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.

“Kami berharap dalam keadaan norma baharu sekarang, penonton yang terlepas peluang menyaksikan filem ini di pawagam dapat menyaksikannya di Astro First dengan hasil kualiti produksi setanding di layar perak,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Entertaiment, Nik Iruwan Datuk Nik Izani selaku penerbit filem. - KitaReporters


2
0
0
0
0
You will be interested