Seni & Sukan 04 Jul, 2022

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KERETA yang kecil seperti Perodua Kancil sangat unik dan comel. Bukan itu sahaja, kereta Kancil ini sudah tidak boleh dimiliki di pasaran lagi kerana model ini sudah lama diberhentikan pembuatannya.

Namun, tular sebuah video dalam Tiktok sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang.


Apa yang menarik perhatian ialah kereta Kancil ini sangat comel sehingga tular kerana kelihatan seperti Minion yang berada di tengah jalan dengan gayanya.

Rata-rata netizen yang melihat video ini memuji pemilik kereta kancil dengan tema Minion ini yang sangat comel apabila berada di atas jalan.




Tambahnya, mereka semua berpendapat kereta kancil yang dicat sebagai Minion ini kelihatan sangat comel dan unik.

Hebatlah tuan punya kereta Kancil ini sebab mengubahnya menjadi seperti kartun animasi Minions yang sangat terkenal dan menjadi minat semua.

Apatah lagi sekarang ini filem Minions: The Rise of Gru telah ditayangkan di pawagam. - KitaReporters



11
15
0
10
0
You will be interested