Seni & Sukan 29 May, 2022

Video| Datuk jatuh cinta lagi pada usia 65! Rombongan anak, cucu, cicit pinang janda pujaan hati!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Mbah Seger (bersongkok) minum berbotol air mineral untuk hilangkan kegugupan. - Kredit foto: TikTok @kbswedding


Peristiwa perkahwinan yang agak luar biasa menarik perhatian ramai apabila ia dimuatkan dalam pelbagai laman sosial.
Satu lagi peristiwa tular terjadi di Indonesia. Kali ini seorang datuk jatuh cinta lagi dalam usia 65 tahun dan membawa bersama rombongan meminang termasuk anak, menantu sehingga cicitnya untuk melamar janda pujaan hatinya

Datuk itu terpaksa minum berbotol air mineral untuk hilangkan kegugupan. Datuk yang dikenali sebagai Mbah Seger dan janda itu dipanggil Embak Pasih berusia 30-an.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha melamar


Ketika hendak melakukan lamaran yang dilakukan seorang saudaranya, Mbah Seger yang hadir sama kelihatan panik, takut lamarannya tidak diterima.

Untuk mengurangkan gementarnya, Mbah Seger minum hingga lima botol air mineral 1000 ml sepanjang urusan peminangan berlangsung. 

Rombongan yang disambut baik pihak perempuan mendapat khabar bahagia apabila lamaran diterima. Bagaimanapun tidak dinyatakan mas kahwin dan barangan hantaran.

Peristiwa ini terjadi pada Khamis, 26 Mei 2022 dan dimuat naik dalam akaun TikTok @kbswedding. 

Embah Seger (bersongkok) dan gambar kanan ialah antara kaum keluarganya yang menyertai rombongan meminang. - Kredit foto: TokTok @kbswedding

Difahamkan, majlis akad dan persandingan akan berlangsung tidak lama lagi.

Mbah Seger yang sudah menduda sejak beberapa waktu berkenan untuk memiliki Mbak Paseh tapi takut lamarannya ditolak.

Bagi memperlihatkan kesungguhannya, Mbah Seger membawa satu rombongan yang bukan saja terdiri golongan berusia, malahan juga anak, menantu, cucu dan cicitnya hingga mencapai 50 orang.

Kerana ramainya rombongan meminang, penduduk kampung menyangka majlis penikahan  yang dilangsungkan. 

Pemilik akaun TikTok itu tidak menyatakan di mana acara dilangsungkan. Namun berdasarkan nama dan cara percakapan, acara itu berlangsung di salah satu tempat di pulau Jawa.

TikTok ini telah ditonton 2.5 juta kali dan ramai yang mendoakan kesejahteraan hidup bagi datuk itu dan bakal isteri baharunya itu. - KitaReporters


16
14
0
17
0
You will be interested