Seni & Sukan 08 Apr, 2022

Video| Terbaiklah anak muda! Kreatif gila! Tular pemuda hasilkan lukisan di atas buah kelapa!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Bulan puasa ini, jika melihat air kelapa muda ramai antara kita yang akan terliur dengan kenikmatannya, lagi-lagi tengah berpuasa. 

Bagi kita ia hanya buah kelapa yang tiada nilai, cukuplah sebagai air yang sangat sedap untuk dinikmati. Tetapi bagi seorang pemuda ini ia satu medium seni yang tidak boleh disiakan-siakan.

Dipetik daripada laporan Mstar, Muhammad Dawisy telah berkongsikan lukisan yang sangat unik di atas buah kelapa muda sehingga tular di media sosial.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buah kelapa


"Saya baru post lukisan seekor lembu pada sebiji buah kelapa, tak sangka viral. Saya memang suka melukis di atas benda-benda seperti cenkerang, daun dan lidi aiskrim," katanya.

Videonya tular dalam TikTok memaparkan beliau sedang melukis gambar lembu yang ditambat di luar rumahnya dengan menggunakan arcylic marker, pen dan pensil warna.



Rata-rata netizen yang melihat video ini memuji karya pemuda ini yang sangat kreatif dan unik. Beliau yang cukup dikenali dalam media sosial dengan hasil lukisannya menggunakan nama wisy_lukis.



Ini adalah lukisan-lukisannya yang lain dan sangat unik sehingga berjaya menarik ramai netizen mengikuti perkembangannya. - KitaReporters





14
9
0
9
0
You will be interested