Seni & Sukan 19 Mar, 2022

Persaka terus perkasa aktiviti, program! Kunjungi YDPN Melaka, ziarahi ahli-ahli! Hulur bantuan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Presiden Persaka (tengah) Datuk Dr. Rahman Ismail menyampaikan cenderamata kepada Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

PRESIDEN dan ahli jawatankuasa Persatuan Anak-Anak Melaka (Persaka) Wilayah Persekutuan dan Selangor mengadakan kunjung hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam pada 15 Mac 2022.

Menurut Presidennya Datuk Dr. Rahman Ismail kunjungan ini diadakan bagi mengucapkan tahniah di atas perlantikan Mohd Ali sebagai  Yang di-Pertua Negeri Melaka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Melaka

Ahli jawatankuasa bergambar kenangan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Dalam pada itu, beliau bersama jawatankuasanya turut berkongsi mengenai objektif penubuhan Perkasa dan aktiviti yang telah dijalankan oleh anak- anak Melaka di perantauan.

“Kami turut memaklumkan perkembangan terkini aktiviti Perkasa yang dijalankan bukan sahaja untuk ahli malah turut bekerjasama dengan komuniti dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) lain dengan hasrat memberi manfaat kepada Perkasa khususnya,” sambung beliau lagi. 

Pada akhir kunjungan itu pihak Perkasa turut menyampaikan cenderamata kuih tradisional Melaka yang dihasilkan oleh ahli-ahlinya.


Ziarah ahli keluarga Persaka yang sakit di Selangor antara aktiviti persatuan ini.
Sumbangan kepada kakitangan Hospital Selayang oleh ahli jawatankuasa Pesaka.

Sementara itu Naib Presidennya Ts Mohd Affandi Mohd yang dihubungi menyatakan secara keseluruhannya Perkasa sentiasa mengikuti perkembangan terkini termasuk mengenai COVID-19 yang membataskan aktviti mereka.

“Namun kami tetap meneruskan aktiviti seperti menziarahi ahli Perkasa yang memerlukan sumbangan atau kunjungan akibat COVID-19 atau memerlukan bantuan dan sokongan lain seperti penyertaan mereka dalam program keusahawanan, taklimat mengenai pendidikan, kemasukan ke institusi penddikan tinggi (IPT) awam atau swasta,” sambungnya lagi.


Gotong-royong mengecat kawasan penduduk sekitar turut dijalankan.
Ahli Persaka wanita turut menjalankan aktiviti mereka.

Dalam masa yang sama aktiviti lain yang turut dijalankan ialah menjalinkan hubungan dengan Jawatankuasa Gabungan Persatuan Anak-Anak Negeri (GAPAN), menyertai senamrobik, membantu mempromosi makanan tradisi negeri Melaka, mengalakkan anak-anak ahli mendapat penerangan dan bimbingan untuk menyertai bidang professional atau mendapatkan pekerjaan. - KitaReporters


Gabungan antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam program yang dijalankan bagi mengeratkan hubungan antara komuniti.

18
11
0
14
0
You will be interested