Gaya Hidup 03 Jan, 2022

Siapa pengganti Cheng Hoe! Jurulatih import atau tempatan? Zainal atau Nafuzi! Mungkin Bojan?

@rodli nayan @ rodly fadly
Berpengalaman hampir 40 tahun dalam bidang kewartawanan, antaranya sebagai pengarang majalah Arena Bolasepak, Mingguan Sukan dan Bola Perdana, juga bertugas sepenuh masa serta sambilan bersama Berita Harian, Harian Metro, Mingguan Perdana dan Sinar

Share this


Peletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kini mencetuskan perbincangan hangat tentang siapakah yang layak mengambil alih tugasnya.

Sentimen dalam kalangan penyokong Harimau Malaya jelas menunjukkan mereka mahukan seorang pengendali import sebagai pengganti ekoran peningkatan ditunjukkan oleh negara serantau seperti Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura yang menggunakan khidmat jurulatih luar.

Thailand yang muncul juara Piala AFF 2020 jelas menunjukkan peningkatan ketara hasil bimbingan jurulatih kelahiran Brazil, Alexandre Polking sementara Indonesia yang muncul naib juara pula menggunakan khidmat jurulatih dari Korea, Shin Tae-yong.

Skuad bola sepak Vietnam juga jauh meningkat berbanding Malaysia sejak ia dikendalikan oleh jurulatih dari Korea, Park Hang-seo manakala Singapura menaruh kepercayaan kepada jurulatih kelahiran Jepun, Tatsuma Yoshida sebelum beliau meletak jawatan ekoran kegagalan pada separuh akhir Piala AFF 2020.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan jurulatih

Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim (kiri), Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).  - Kredit foto: Zulakbal Abd Karim.


Atas justifikasi itu, penyokong melihat kehadiran jurulatih import adalah solusi kepada prestasi Harimau Malaya yang dilihat statik sehingga pulang awal dari pertandingan Piala AFF 2020 di Singapura pada Disember 2021 lalu. 

Namun, pemerhati bola sepak, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang juga merupakan Tenaga Pengajar Elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) masih mempunyai keyakinan ke atas atas produk tempatan dengan beberapa jurulatih dilihat mampu ditonjolkan sebagai calon.

“Kita faham dengan sentimen penyokong. Mereka memberi pandangan berdasarkan apa yang mereka lihat. Mereka menilai hanya dari satu sudut sedangkan kejayaan sesebuah pasukan itu bukan bergantung kepada jurulatih semata-mata.

“Ya, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura ternyata lebih baik sejak dilatih jurulatih asing tapi seperti saya katakan, ia bukan kerana jurulatih sahaja tapi turut dibantu oleh faktor lain seperti pengurusan, persediaan dan sokongan yang diterima oleh jurulatih itu.

“Perkara-perkara inilah yang perlu dilihat oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) apabila melantik jurulatih baharu kelak. Tidak guna kita melantik jurulatih import bertaraf dunia sekali pun kalau beliau tidak diberi sokongan penuh. Akhirnya pasukan kita tak sampai ke mana juga,” kata Zulakbal.


Zainal Abidin, jurulatih tempatan yang mempunyai pengalaman luas. - Kredit foto: Melaka United.


Justeru, secara peribadi, Zulakbal berpendapat, kegagalan Harimau Malaya pada Piala AFF bukan bermakna Malaysia tidak boleh bergantung harap lagi kepada jurulatih tempatan kerana beliau yakin kita masih mempunyai jurulatih berwibawa yang boleh dipertanggungjawab membimbing skuad negara.

“Saya melihat jurulatih seperti Zainal Abidin Hassan (Melaka United) dan Nafuzi Zain (Terengganu FC) antara calon berpotensi jika FAM mahu memilih jurulatih tempatan. Mereka adalah antara dua jurulatih terbaik dalam liga kita.

“Zainal, contohnya berpengalaman pada peringkat antarabangsa sebagai pemain dan sudah membuktikan keupayaan sebagai jurulatih dalam liga, cuma tidak pernah diberi peluang sebagai jurulatih kebangsaan. Pada saya, beliau sudah cukup matang untuk memikul tugas berat itu.


Nafuzi Zain, jurulatih muda yang dilihat mempunyai potensi untuk menjadi pengendali Harimau Malaya. - Kredit foto: Terengganu FC.


“Manakala Nafuzi seorang jurulatih muda paling menonjol yang mungkin boleh membawa idea baharu kepada skuad negara. Saya amat tertarik dengan peningkatannya.

“Tapi, jika FAM mahu memilih jurulatih asing, saya bersetuju dengan pandangan ramai bahawa Bojan Hodak (Kuala Lumpur City FC) adalah calon paling layak.

“Beliau bukan sahaja telah membuktikan keupayaannya ketika bersama JDT (Johor Darul Ta’zim), Kelantan, skuad remaja negara dan terbaharu membawa Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia.

“Malah, beliau sudah lama di sini, sangat faham bola sepak Malaysia apatah lagi pernah bertugas dengan FAM. Faktor-faktor ini akan memudahkan tugas beliau,” katanya.


Bojan Hodak dianggap calon paling layak jika FAM mahu ambil jurulatih import. - Kredit foto: KL City FC


Terdahulu, pada Isnin, 3 Januari, 2022, FAM mengumumkan perletakan jawatan Cheng Hoe atas persetujuan bersama ekoran kegagalan skuad negara pada Piala AFF 2020.

“Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak,.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada.

“Antara kejayaan yang diraih beliau ialah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal serta naib juara Piala Suzuki AFF 2018 selaku ketua jurulatih,” demikian menurut kenyataan rasmi FAM.

Pada pertandingan Piala AFF yang berlangsung di Singapura pada Disember 2021 lalu, Malaysia gagal ke separuh akhir selepas hanya mengutip enam mata hasil kemenangan ke atas Kemboja (3-1) dan Laos (4-0) sebelum tewas 0-3 kepada Vietnam dan 1-4 kepada Indonesia. - KitaReporters


TAN Cheng Hoe (tengah) bersama pemain-pemain negara memperagakan jersi baharu Harimau Malaya. - Kredit foto: FAM

 

12
19
1
14
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 15 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago