Seni & Sukan 27 Aug, 2020

Tak mampu nak pelihara kucing? Jangan sibuk nak ikut trend!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

Tular dalam media sosial Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) mahu memberikan ganjaran sebanyak RM2,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat mengenai pembuangan kucing di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan seperti yang dinyatakan dalam Instagram @nvdiahusna. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan kucing:

https://kitareporters.com/search?search=kucing


Ternyata kes pembuangan haiwan peliharaan seperti kucing ini telah lama berlaku di negara kita. Rata-rata daripada kita tidak mempunyai kesedaran langsung. Ini kerana jika anda semua sedar di pasar atau pun kedai makan pasti banyak kucing jalanan yang boleh ditemui dengan keadaan yang tidak terurus.


Mengapa semua ini terjadi?

Ini kerana manusia tidak mempunyai belas kasihan dan ambil remeh kesalahan membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan hukuman penjara 3 tahun serta denda antara RM10,000 - RM100,000 jika sabit kesalahan dan jumlah denda itu sudah dikuatkuasakan sejak 1 Julai 2017 kerana tiada orang pernah dikenakan hukuman sebegini lagi. 

Sering kali seseorang akan membuang kucing kerana ia haiwan yang senang membiak. Apa yang menyedihkan rata-rata daripada mereka hanya akan membuang anak kucing sahaja di pasar-pasar atau kedai makan.

Di mana sifat keperimanusiaan anda? sanggup buang anak kucing yang masih lagi menyusu?


Jika anda tak mampu untuk menjaga kucing berikanlah kepada orang yang mampu dan bertanggungjawab bukannya bertindak membuangnya sesuka hati. Kucing-kucing jalanan ini kehidupanannya sangat daif kerana makanan tak cukup apatah lagi penjagaan kesihatan mereka yang tidak terurus langsung. 

Ingat! Jika anda tak mampu menjaga kucing jangan sibuk nak bela kucing, konon nak ikut trend. Jangan seksa kucing, kerana untuk menjaga seekor kucing kita perlukan tanggungjawab dan wang yang banyak.


Kita semua perlu vaksin kucing untuk mengelakkan penyakit seperti kurap dan pelbagai vaksin untuk mengelakkan banyak penyakit yang memudaratkan kesihatan mereka.

Bukan hanya kesihatan, tetapi makanan kucing juga perlu dijaga. Kucing juga ibarat manusia mereka mahukan makanan yang berkhasiat untuk terus membesar.


Takkan nak bagi makan biskut sahaja, makanan basah pun kena bagi. 

Jadi pemilik perlu ambil berat hal kebersihan. Ada orang tak kisah kucing berkeliaran di kawasan rumah tetapi bila kucing itu berak merata-rata, itu yang jadi masalah.


Kadang-kadang sampai bergaduh dengan jiran pasal kucing. Perkara ini takkan berlaku kalau pemilik atau feeder lebih prihatin.

Lagi satu, yang paling penting sekali, bila kucing kita semakin besar nak ingatkan kena mandulkan kucing-kucing itu untuk elakkan pembiakan yang tidak diperlukan.


Dengan itu, barulah kes pembuangan kucing dapat dikurangkan dan mungkin kucing-kucing gelandangan akan terbela nasibnya suatu hari nanti. - KitaReporters

3
0
4
0
0
You will be interested