Seni & Sukan 21 Jun, 2020

Altimet bersyukur! PKPP: Joe's Barber dah kembali beroperasi

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PENYANYI Altimet bersyukur kerana kedai gunting rambut miliknya, Joe’s Barber yang terletak di Shah Alam, Selangor telah dapat dibuka semula selepas tiga bulan tidak beroperasi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 lalu. : KitaReporters


Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, yang akan berusia 43 tahun pada 22 November 2020 ini nanti, meyakinkan pelanggan bahawa kedainya sentiasa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) kerajaaan sepenuhnya.

“Syukur, kami masih di sini. Lepas kurang lebih 3 bulan tak beroperasi, kami mula bergerak balik.

“Jemput datang abang-abang dan adik-adik, kita kasi settle serabai kusut tu semua. 

“Kedai kami sentiasa ikut SOP kerajaan, segala langkah kebersihan dan keselamatan kami ikut 100 peratus,” katanya dalam entri Instagramnya @altimet.

Altimet adalah antara artis yang menjalankan perniagaan kedai gunting rambut iaitu salah satu cabang peniagaannya.

Kerajaan kembali membenarkan operasi gunting rambut mulai 10 Jun 2020 apabila negara memasuki fasa Perintan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Altimet bergiat dalam bidang seni sejak tahun 1999 dengan muzik hip hop dan rap bermula dengan menganggotai  The Tarik Crew. 

Altimet bersara dari dunia muzik apabila berusia 40 tahun dan kemudian bergiat dalam beberapa bidang perniagaan termasuk mempunyai perniagaan gunting rambut.

Altimet popular dengan lagu 'Amboi' yang memenangi kategori Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-32 tahun 2018. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested