Seni & Sukan 22 May, 2020

Danial Zaini bual santai PM? Isu lagu raya, balik kampung!!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

SAMBUTAN Aidilfitri hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Bagi yang dapat meraikan Syawal bersama keluarga tercinta ia adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Bagaimana pula dengan perantau yang tidak dapat pulang berhari raya malah kini tidak dibenarkan rentas daerah mahupun negeri ketika penularan wabak pandemik COVID-19 pastinya menambah duka di hati. : KitaReporters

Kredit foto: YouTube The Star


Tidak seperti di tahun-tahun sebelumnya Aidilfitri disambut meriah bersama insan tercinta. 

Perantau berebut-rebut mengisi borang cuti untuk kembali bersama keluarga menyambut Syawal yang datangnya setahun sekali. 

Meriah dengan pelbagai juadah. Kunjung mengunjung ke rumah jiran dan sanak saudara. Memang sukar untuk melupakan detik manis itu. 

Meraikan lebaran dengan penuh keceriaan dan keindahan.

Namun segalanya berbeza untuk tahun ini. Kemunculan wabak pandemik COVID-19 memusnahkan impian dan harapan si perantau untuk pulang ke pangkuan keluarga meraikan Lebaran yang dinanti selepas sebulan berpuasa. 

Anak rantau tersekat di negeri tempat mencari rezeki. 

Ibu bapa menanti dengan penuh harapan tetapi hampa kerana kerajaan sudah memutuskan untuk tidak membenarkan mereka pulang ke kampung untuk berhari raya ditambah pula dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 lalu dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kekal sehingga 9 Jun 2020 menambah 'duka' golongan yang merantau. 

Sabarlah duhai hati. Memang menyedihkan melihat situasi yang berlaku ketika ini.


Pengumuman-pengumuman penting yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Nor Hisham Abdullah setiap hari mengenai situasi rentas daerah dan negeri menghampakan mereka yang berangan nak balik kampung beraya. 

Mencabar sungguh tahun ini!!

PM meminta umat Islam supaya bersabar dengan situasi yang sedang melanda negara. 

COVID-19 'si kecil yang amat digeruni' yang tidak nampak di mata kasar begitu 'menjengkelkan dan menyakitkan'. Pelbagai nasihat sudah diberi. Jangan terlalu leka untuk bergembira sehingga membawa padah.

Dan akhirnya nasihat PM telah 'diedit' dengan cara yang boleh membuat kita ketawa dan terhibur untuk seketika. Siapa sangka kata-kata nasihat itu telah diguna pakai oleh juara Lawak Solo Danial Zaini dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun Instgram miliknya, @Danialzain1.

Kredit foto: IG Danialzain1


Beliau yang juga pelawak dan penyampai radio popular berkongsi satu video seolah-olah 'sedang bertemu bual' dengan TSMY mengenai sambutan hari raya.

Klip video berdurasi 1.35 minit itu menunjukkan Danial memutarkan lagu berdasarkan permintaan lagu raya daripada PM. 

PM meminta dimainkan lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjudul Dendang Perantau.

Manakala dua lagi lagu iaitu dari iklan raya dan Air Mata Syawal dendangan Datuk Siti Nurhaliza seakan menggambarkan perasaan mereka yang terpaksa beraya d tempat sendiri. 

Jauh dari keluarga!!

"Dapat peluang bercakap dengan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin tadi tapi sedih sikit sebab PM tolak permintaan saya. tapi saya masih ok Tan Sri. #timunboys," tulis Danial.


Gelagat Danial yang menyiarkan lagu raya berdasarkan 'pesanan' dan nasihat PM itu menghiburkan netizen dan mereka juga berkongsi pendapat mengenai video ini. 

Macam-macam komen diberikan dan pasti ada yang memberi emoji sedih dan menangis kerana tidak dapat pulang berhari raya bersama keluarga. 


lyana_x.x menulis: "Alahai shiann. Haha same la kite x dpt balik utagha thun ni. Insyaallah raya haji naaa. Selamat hari raya."

Kata sueana7557 pula: "Haha sedihla tkdpt blk tp apakan daya demi negara tercinta❤️😅qasehdiejiwa 🤣🤣🤣🤣🤣@danialzain1 selalu main kn perasaan org ea..kita pn sedih x,dpt blk kg tau😭😭😭😭😭😭😭😭"

Kata syaa.chan: "ksiannya kena tolak permintaan nak balik kampung😂. hahaha, soky. i can feel u🤧😂"






Terhiburkan tapi tetap sedih. Bertabahlah semua kerana kita akan berdepan dengan situasi ini tanpa tahu selama mana kita harus melaluinya. 

Selamat menyambut hari raya Aidilfiri. Maaf zahir dan batin. : KitaReporters
2
1
4
1
0
You will be interested