ALAM pertunangan adalah zaman yang paling indah bagi pasangan yang bercinta untuk merancang majlis perkahwinan mereka seperti yang diidamkan. Namun tidak semua pasangan melalui ‘fasa’ itu dengan mudah mungkin pada matanya telah sempurna namun tidak pada mata orang lain. : KitaReporters
Kredit foto: CNN.com
LUAHAN hati pemuda berkenaan mengenai kekecewaan yang dilalui selepas bakal mentuanya memulangkan semula cincin untuk mejlis pertunangan mereka. - Kredit foto: dailymail.co.uk.
Lagi kisah-kisah berkaitan pertunangan:
https://kitareporters.com/search?search=pertunangan
Perkara sama turut dilalui seorang pemuda yang terlalu kecewa selepas dipersenda oleh ibu kekasihnya kerana membeli sebentuk cincin pertunangannya yang dianggap terlalu murah dan tidak sesuai dengan anak perempuannya.
Memetik laporan dailymail.co, lelaki berkenaan dari Amerika Syarikat (AS) merancang untuk bertunang sejak tahun lalu lagi sebelum mengeluarkan sejumlah AS$3,000 (RM12,000) untuk membeli sebentuk cincin kepada teman wanitanya sempena pertunangan mereka.
Namun ibu wanita berkenaan menggangap cincin itu
terlalu murah dan tidak sepadan dengan status pekerjaan lelaki itu lalu
memulangkan semula cincin berkenaan.
Lebih mengejutkan bakal ibu mentuanya meminta pemuda
itu menukarkan sebentuk cincin yang baharu yang bernilai AS$10,000 (RM40,495).
Kongsi pemuda berkenaan, ibu teman wanitanya mahu bakal
menantunya mengikuti budaya ‘10% dari gaji tahunan’ sebagai wang pembelian
cincin, budaya yang diterapkan syarikat berlian di AS sejak dahulu.
Amboiiii kemain lagi permintaan bakal mertua dia…
GAMBAR HIASAN... Terkejut selepas bakal mentuanya meminta untuk membelikan sebentuk cincin lain yang lebih mahal. - Kredit foto: unsplash.com.
Katanya dia tidak menyangka bakal ibu mertuanya sanggup bertindak mengembalikan semula cincin berkenaan dan meminta untuk menggantikan yang lebih mahal.
Lelaki itu kemudian berkongsi ‘masalahnya’ di Reddit,
dan menjelaskan dia mampu membelikan cincin seperti yang diidamkan ibu
mertuanya, namun masih rasional dan memikirkan keadaan semasa yang memerlukan
dia lebih berjimat cermat.
“Jika saya mengikut kehendak dia memerlukan saya
mengeluarkan peruntukan sebanyak AS$10,000 (RM40,495) hingga AS$15,000
(RM60,742) untuk cincin tersebut.
“Tapi alangkah lebih baik wang itu digunakan untuk
masa akan datang yang kita sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku kepada
kita semua,”ujarnya yang turut membantu ahli keluarga terdekat yang dijangkiti
Covid-19 dan terjejas akibat pandemic berkenaan.
Lebih menakutkan syarikat tempat dia berkerja juga
mengumumkan untuk mengurangkan kakitangan pada masa akan datang.
Walaupun dirinya bukan dalam golongan 150 orang yang
terpilih untuk diberhentikan menyebakan lelaki itu mengambil langkah
berjaga-jaga untuk masa depannya.
Semoga ‘masalah’ yang dilalui pemuda itu dapat
diselesaikan dengan cara baik, anggap masalah ini sebagai sesuatu yang boleh
mematangkan kita.
Good Luck Bro!. - KitaReporters