Seni & Sukan 16 May, 2021

Berita Terkini| Rentas daerah tanpa kebenaran! 11 dikompaun RM5k! Sekatan jalan Ops Khas Rentas

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

POLIS Baling melakukan sekatan jalan raya (SJR) bergerak Ops Khas Rentas di beberapa kawasan bersempadan Baling -Kuala Muda. - Kredit Foto: Facebook rasmi Balai Polis Baling.


GARA-gara merentas daerah tanpa kebenaran polis, sebelas individu masing-masing dikenakan kompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, anggotanya melakukan sekatan jalan raya (SJR) bergerak Ops Khas Rentas di kawasan Kampung Kuala Lesong, Kuala Ketil bermula jam 5 petang pada Sabtu, 15 Mei hingga 12 malam tadi.

Pemantauan di kawasan bersempadan Baling dan Kuala Muda itu, mendapati masih ada pengguna jalan raya ingkar dengan perintah yang dikeluarkan berkaitan larangan merentas daerah.



"Ketika pemantauan dibuat, kita mendapati 10 lelaki dan seorang wanita tidak mematuhi SOP PKP kerana merentas daerah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

"Semua mereka berusia antara 19 hingga 40 tahun didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

"Berikutan itu, mereka dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang dan sekiranya kompaun dibayar dalam tempoh tujuh hari, mereka akan mendapat potongan 50 peratus daripada jumlah dikenakan," katanya dalam kenyataan di Baling, Kedah pada Ahad, 16 Mei 2021.

Sehubungan itu Shamsudin menasihat orang ramai supaya mematuhi segala SOP bagi memerangi penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

KESEMUA yang dikompaun dikenakan membayar kompauan berkenaan dalam tempoh tujuh bagi mendapatkan potongan  50 peratus. - Kredit foto: Bernama

2
0
5
2
1
You will be interested