Seni & Sukan 16 Nov, 2021

Terbaik My Jet Express Airlines! Hargai frontliner! Hulur sumbangan buat pasukan barisan hadapan!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this


JASA dan pengorbanan pasukan barisan hadapan sangat dihargai dan sering mendapat perhatian syarikat korporat dalam pelbagai acara atau majlis yang diadakan.

Tidak ketinggalan, My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (MyJet) yang bermurah hati menyumbang sebanyak RM47,000 kepada kepada petugas barisan hadapan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Semasa sumbangan penghargaan disampaikan menerusi satu majlis yang diadakan bertempat di Kota Kinabalu, Sabah itu, bantuan turut disalurkan kepada Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan barisan hadapan


Pembantu Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir (tengah); Pengerusi Eksekutif MyJet, Mohamed Yunos (kanan); dan Pengarah Kerry Logistik Network Malaysia, Alan Ng menyampaikan sumbangan kepada pasukan barisan hadapan, Angkatan Tentera Malaysia.


Sumbangan tersebut diserahkan pada majlis memeterai kerjasama antara MyJet dengan syarikat perkhidmatan logistik antabangsa, Kerry Logistic Network (KLN) bagi operasi penerbangan kargo eksklusif bagi laluan perg-balik Kota Kinabalu dan Macau serta selatan China.  

Majlis disempurnakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abidin Madingkir dan turut hadir Pengarah KLN Malaysia, Alan Ng.

Pengerusi Eksekutif MyJet, Mohamed Yunos Mohamed Ishak berkata, tidak wujud perbezaan ketara dari segi kos operasi namun menggunakan perkhidmatan udara lebih menjimatkan masa.

“Pemilihan kargo udara juga bersandarkan kepada  peningkatan operasi yang mendesak susulan tiga faktor utama iaitu pembelian barangan dalam talian (e-dagang), pertambahan jumlah barangan dan penerbangan penumpang yang kurang.

“MyJet memainkan peranan dalam industri kargo sementara KLN pula dalam bidang logistik, justeru gabungan ini lebih melancarkan penghantaran memandangkan jarak Kota Kinabalu dan Selatan China lebih dekat,” ujarnya.

Sejak dilancarkan Mac 2021 yang lalu, operasi telah mencatatkan 200 penerbangan yang secara tidak langsung memendekkan tempoh masa penghantaran berbanding menggunakan perkhidmatan perkapalan.


Mohamad Yunos(kanan) bersama Abidin(tengah) dan Alan sewaktu menyempurnakan simbolik kerjasama ketika majlis. Kredit foto: bebasnews.my


Tambah beliau, bagi tujuan menampung pengembangan operasi MyJet melabur RM100 juta membeli dua pesawat baharu iaitu Boeing 737-300F dan 737-800F yang akan diperolehi secara berperingkat-peringkat selewat-lewatnya Februari 2022 dan akan membawa kargo dari China.

“Jika sebelumnya, kita terbang dari selatan China dan kini fokus akan diberikan kepada  pasaran di Wuhan, Shanghai, Shandong, Xiamen dan Shenzhen.

“Boeing 737-800F mampu membawa muatan sehingga 21 tan dengan tempoh jangkauan penerbangan pesawat  tersebut melebihi enam jam. Buat masa ini terdapat empat pesawat yang sedia ada di Malaysia dengan tambahan dua lagi yang baharu.

“Selain itu, satu pesawat akan ditambah untuk operasi di Filipina dan dua pesawat lagi di Indonesia,” katanya. - KitaReporters


Perkhidmatan penerbangan MyJet Xpress dari Kota Kinabalu ke Macau, China  lebih menjimatkan masa. - Kredit foto: FB MY Jet Xpress Airlines

14
17
0
10
0
You will be interested