Seni & Sukan 30 Apr, 2022

Gerakan koperasi bangun Keluarga Malaysia! Sumbang pek buka puasa RM10k kepada petugas kesihatan

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)) melalui agensinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) melalui sumbangan Ramadan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan

Sokongan dan penghargaan SKM dan gerakan koperasi di atas tugas yang telah dilaksanakan oleh petugas kesihatan dan barisan hadapan yang tidak dapat bercuti sempena Aidilfitri nanti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gerakan koperasi

Rusli Jaafar meneruskan Program CSR SKM sempena sambutan 100 tahun gerakan koperasi dengan menyumbangkan pek berbuka puasa bernilai RM10,000 kepada petugas-petugas di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tuanku Azizah.


Menurut satu kenyataan media pada 29 April 2022, sumbangan ini adalah sempena sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia. Sumbangan pada kali ini merupakan pek makanan berbuka puasa berjumlah RM10,000 dan disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

Program ini telah dihadiri oleh Zaharuddin Alias, Pengerusi CSR Gerakan Koperasi Malaysia; Rusli Jaafar, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM; Dato’ Seri Suhaimi Yacob, Naib Pengerusi Kebangsaan PBSMM Kuala Lumpur;  Prof. Dato’ Dr. Mohd Harun Nizam, Kordinator Program CSR PBSMM Kuala Lumpur; dan Dr. Samsul Anuar Kamarudin, Pengarah Hospital Tunku Azizah.

Hospital Besar Kuala Lumpur merupakan hospital yang menyelesaikan kes-kes kecemasan dan kemalangan yang kritikal dari dahulu hingga kini dari seluruh negara. Sudah tentu beban tugas yang dipikul olehnya lebih berat. 

Sumbangan pek makanan berbuka puasa ini, sebagai tanda terima kasih SKM dan gerakan Koperasi yang tidak sempat menyediakan juadah berbuka puasa, disebabkan kesibukan tugas dalam menangani kes-kes kemalangan dan kecemasan di kalangan pesakit kanak-kanak, dewasa dan warga emas, menurut kenyataan tersebut. - KitaReporters


10
12
0
12
0
You will be interested