Seni & Sukan 09 May, 2022

Video! Bebaskan Aku! Ku utuskan kata di sebalik tirai besi! Yasin Sulaiman rayu segera dilepaskan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman, 47, menggunakan waktu dalam Penjara Sungai Buloh, Selangor bagi mencipta melodi lagu berjudul ‘Bebaskan Aku’  dan meminta lirik lagu itu dikongsi dalam Instagramnya untuk tatapan sahabat, teman dan peminat. 

Liriknya ciptaan bersama Yasin dan seorang lelaki dikenali sebagai Jo Tan @ Klinik PSB (di Klinik Penjara Sungai Buloh) dengan mencatat dihasil pada bulan Mei ini atau awal Syawal 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Yasin Sulaiman


Lirik ini meluahkan kekecewaan Yasin, kenapa dia dipenjarakan dan mahu segera dibebas.

Lirik lagu itu termasuk terjemahannya dalam bahasa Inggeris dimuatkan dalam Instagramnya yang kini dikendali oleh anggota keluarganya. 

Yasin turut berhasrat untuk merakam lagu itu apabila dibebaskan nanti.


/


Yasin yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid kontemporari, Brothers, juga seorang komposer yang telah menghasilkan sejumlah lagu bermutu seperti ‘Teman Sejati’, ‘Mimpi Laila’ dan ‘Salsabila’. Mahkamah menetapkan 18 Mei 2022 untuk sebutan semula kes.


Yasin jika disabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. 

Menurut abang Yasin, Zain, pihak keluarga sudah mendapatkan khidmat pasukan guaman bagi pembelaan kes Yasin. 

Untuk tujuan itu Tabung Bantuan Yasin Sulaiman telah dilancarkan dalam FaceBook dan Instagram bagi membolehkan insan yang bersimpati menghulurkan bantuan kewangan.

Yasin mempunyai penyakit gangguan bipolar (bipolar disorder) yang memerlukan dirinya tenang. Dia pernah dirawat di wad di wad prikiatri, Hospital Kuala Lumpur. - KitaReporters



          

12
12
1
17
0
You will be interested