Seni & Sukan 03 May, 2021

Berita Terkini| Rentas negeri: Nilai 3 pula selepas Langkawi! Polis akan panggil Neelofa, suami!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

PASANGAN itu dipercayai memuat naik video dalam Instagram Story menunjukkan mereka berdua berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai di Nilai 3, Negeri Sembila sebelum memadamnya. - Krediti foto: Utusan Online


POLIS sekali lagi menjalankan siasatan terhadap gambar dan video selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang dipercayai berada di sebuah premis perniagaan di Nilai 3, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah selesai siasatan.

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) serta di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan kawalan Pergerakan Bersyarat (No4) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan di Seremban pada Isnin, 3 Mei 2021.


TULAR pasangan pengantin baharu itu berada di sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai 3, Negeri Sembilan.


Pelanggaran SOP itu bukanlah pertama kali yang dilakukan oleh selebriti yang mula berniqab itu sebaliknya ini kali ketiga.

Pada Ahad, 2 Mei 2021 lalu, Neelofa ditemani suaminya dipercayai memuat naik video dalam Instagram Story menunjukkan mereka berdua berada di sebuah kedai karpet yan dipercayai di Nilai 3 sebelum memadamnya.

Tindakan selebriti kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengundang kritikan dan pandangan beberapa selebriti serta pemain industri yang menasihatkan pengacara itu untuk mematuhi SOP.

Sebelum ini Neelofa dikompaun sebanyak RM60,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika majlis perkahwinannya dengan PU Riz yang berlangsung pada 27 Mac 2021 lalu.

Neelofa kemudian tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan kemudian kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama Haris. - KitaReporters


KETUA Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

2
5
2
2
13
You will be interested