Seni & Sukan 03 Jan, 2023

Badminton: Johor buka tirai 2023! Kejohanan Badminton Tertutup Johor Ke-11 5-8 Jan 2023! 600 peserta!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SELAMA empat hari bermula 5 hingga 8 Januari 2023 ini akan menyaksikan negeri Johor Darul Ta”zim membuka tirai kesukanan dengan penganjuran Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 yang akan berlangsung di DBC Sport Arena, Pontian , Johor.

Dijangka menarik lebih 600 peserta, kejohanan edisi ke-11 ini akan mempertanding sebanyak lima kategori iaitu Bawah 21 Tahun, Bawah 16, Bawah 14, Bawah 12 dan juga Bawah 10.

“Ia melibatkan pemain-pemain berusia di bawah 21 tahun dengan sasaran untuk menambah kelompok pemain berbakat dari Johor bagi mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan selain sebagai persiapan menjelang beberapa edisi temasya Sukan Malaysia (Sukma) akan datang,” ujar Presiden Persatuan Badminton Johor (JBA), Mat Rasid Jahill.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton

Mat Rasid Jahill.


Menurut beliau, objektif penganjuran adalah untuk menambah seberapa ramai lagi pemain berbakat dari negeri Johor serta menyediakan platform terbaik untuk mereka beraksi secara kompetitif. 

“Kejohanan ini juga menjadi pentas buat kami menilai dan memilih pemain untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan,” tambah Mat Rasid sambil berterima kasih kepada Kelab Badminton Ampang Jaya di atas penajaan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 selain menyediakan ruang bagi para pemain terpilih untuk berlatih bersama-sama kelab tersebut.

Antara pemain yang akan menjadi tumpuan ialah Dania Sofea Zaidi, 14, yang mengungguli kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun pada edisi ke-10, akan beraksi untuk mempertahan kejuaraan edisi kali ini. 

Berkongsi pengalamannya, Dania Sofea yang cemerlang di Kejohanan Remaja Asia Bangkok 2022 lalu berkata, “Sudah tentu kejohanan seperti ini akan memberikan saingan terbaik kepada saya serta pemain-pemain muda yang lain untuk bersaing secara kompetitif sebagai persiapan untuk mewakili Johor ke peringkat kebangsaan.”


Ariffin Nazri Mohd Zakaria bertekad untuk membuktikan bahawa permainan beliau semakin bertambah baik dalam setiap kejohanan disertai. 


Selain itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki, Ariffin Nazri Mohd Zakaria, 18,  yang ingin menebus kekalahan pada edisi yang lalu kini bertanding dalam kategori bawah 21 tahun. 

“Saya ingin menunjukkan kemampuan sebenar selepas memenangi kejuaraan bawah 18 tahun peringkat kebangsaan, Ogos lalu.” ujar Ariffin yang dipilih untuk bersaing di Kejohanan Remaja Dunia BWF 2022 di Sepanyol.

Beliau bertekad untuk membuktikan bahawa permainannya semakin bertambah baik dalam setiap kejohanan yang disertai.

Kejohanan Badminton Tertutup Johor 2023 turut mendapat sokongan daripada Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor, Young-International, dan DBC Sport Arena.

Dan tentu sekali bagi peminat sukan badminton, jangan melepaskan peluanh menyaksikan  saingan hebat yang akan berlangsung mulai 5 Januari ini di DBC Sport Arena, Pontian, Johor ya! - KitaReporters


Dania Sofea yang mengungguli kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun pada edisi ke-10 akan beraksi untuk mempertahankan kejuaraan bawah edisi kali ini.

16
14
0
9
0
You will be interested