Seni & Sukan 31 Dec, 2022

Video| Mechamato Movie sasar kutipan lebih RM38j! Atasi filem animasi Frozen 2! Dah kutip RM30.75j!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

‘MECHAMATO Movie’ menjadi filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dengan telah meraih RM30.75 juta dalam tempoh 22 hari tayangan. Perkara mengembirakan itu dinyatakan dalam laman web Mechamato.

Mechamato Movie terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) dan Astro Shaw serta diarah oleh Nizam Zakaria ini memintas filem animasi ‘Ejen Ali The Movie’ dan ‘Boboiboy Movie 2’ yang mana masing-masing mengutip RM30 juta ketika ditayangkan pada 2019.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Monsta, Nizam Abd Razak menzahirkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang sentiasa menyokong, selain menyifatkan ia adalah kejayaan bermakna buat seluruh produksi. 

Nizam berkata, sasaran seterusnya untuk mengatasi filem animasi Hollywood, ‘Frozen 2’ yang masih menerajui takhta filem animasi dengan kutipan tertinggi di Malaysia iaitu lebih daripada RM38 juta.

Menurut Nizam, walaupun misi itu dianggap mustahil, tetapi dia yakin ia akan tercapai jika terus mendapat sokongan penonton pelbagai peringkat umur. 

‘Mechamato Movie’ ditayangkan di 150 pawagam di seluruh negara sejak 8 Disember 2022 lalu.


Nizam Zakaria


'Mechamato Movie' meraih tempat pertama dalam carta kutipan tertinggi filem animasi tempatan apabila mengumpul RM30.75 juta selepas 22 hari tayangan.

‘Mechamato Movie’  juga berjaya memintas kutipan produksi animasi Hollywood di negara ini seperti ‘Minions 2: The Rise of Gru (2022)’, ‘Big Hero 6’, ‘Incredibles 2’, ‘Kung Fu Panda 2’ dan ‘How to Train Your Dragon: The Hidden World’.  

Berdasarkan pencapaian cemerlang itu, ‘Mechamato Movie’ dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengatasi kutipan tertinggi bagi filem animasi yang diraih ‘Frozen 2’ pada 2019. 


Filem animasi 'Frozen 2' yang meraih RM 38 juta

Mengulas pencapaian itu, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Abidin berkata, pihaknya berterima kasih terhadap sambutan luar biasa penonton sehingga menjadikan ‘Mechamato Movie’ sebagai antara filem animasi terlaris di pasaran.

Sudah ditayangkan lebih daripada tiga minggu sejak 8 Disember 2022, Mechamato Movie terus mendapat sambutan hangat di pawagam dengan jumlah tayangan yang memberangsangkan.

‘Mechamato Movie’ ini difahamkan akan terus berada di pawagam sehingga akhir Januari 2023. Ia membolehkan ‘Mechamato Movie’ memperoleh kutipan lebih lumayan hingga mencapai RM40 juta.

Kos pembikinan ‘Mechamato Movie’ dikatakan menelan perbelanjaan besar iaitu RM30 juta. Ia juga dirancang untuk dipasar ke peringkat global mulai tahun 2023. - KitaReporters



7
11
2
18
0
You will be interested