Seni & Sukan 03 Jul, 2024

Video| Ayu Ting Ting terus menjanda! Putuskan pertunangan demi masa depan! Tapi tetap nanti jodoh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Penyanyi dangdut popular Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak, 32, nampaknya terpaksa terus hidup menjanda.

Dia bertunang dengan pegawai tentera udara Indonesia, Kolonel Muhammad Fardana Sharsyi Akib, 31,  pada Februari 2024. Dan ikut perancangan sepatutnya berkahwin pada November 2024. Kedua-duanya ditunangkan oleh keluarga kerana mereka saling mengenali.


Ayu Ting Ting dan Fardana kelihatan mesra pada hari pertunangan mereka.

Bagaimanapun Ayu bersyukur dapat mengesan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan itu dan boleh mendatangkan keburukan terhadap masa depannya jika hubungan diteruskan jika berkahwin nanti.

Ayu menyatakan demikian dalam bualan eksklusif pada awal program bual bicara Brownis di TransTV, Jakarta pada tengah hari Selasa, 2 Julai 2024. Program ini dapat disaksi di seluruh dunia melalui Internet.

Program popular lima kali seminggu Brownis dihos Ayu Ting Ting bersama dengan Ruben Onsu, Ivan Gunawan dan Wendy Cagur.

Menurut Ayu, dia melihat ada yang tidak kena dengan hubungan mereka yang ditunangkan oleh keluarga masing-masing.

Setelah melihat ada yang tidak kena dalam hubungan jarak jauh itu, Ayu menemui Fardana (Dana)  pada  22 Jun 2024  lalu dan menyatakan keputusannya untuk memutuskan pertunangan mereka.


Namun pemutusan secara rasmi oleh keluarga telah dibuat pada 27 Jun 2024 iaitu menunggu ibu bapanya, Umi Kalsom dan Abdul Rozak balik menunaikan ibadat haji. Atas persetujuan orang tua, Ayu tidak perlu mengembalikan 14 barang hantaran yang diterima.

Namun Ayu enggan memberi perincian punca pembatalan pertunangan dan menolak faktor kewangan menjadi punca.
Hubungan Ayu dan Dana dihidu oleh para netizen bermasalah sejak beberapa minggu lalu apabila Dana memadamkan gambar-gambar solo dan bersama Ayu Ting Ting dalam laman Instagramnya.

Dana yang berpengkalan di markas tentera di Jember, Jawa Timur kini ditugaskan di Papua, wilayah paling timur di Indonesia.

Terdapat gosip bahawa Dana yang berlaku curang. Namun Ayu enggan mengulas perkara itu, malah menyatakan dia mengambil keputusan bijak untuk menamatkan pertunangan itu.

Dana (kanan) kelihatan segak sebagai pegawai tentera

Dalam program Brownis, Ayu menyatakan tetap ingin berkahwin lagi dan berharap akan mendapat calon suami yang sesuai untuk hidup bersama sehingga akhir hayat. Ayu punya masa silam yang kurang baik. 

Bercinta ketika nama sedang meningkat, dia menjalin hubungan dengan anak pegawai tinggi polis bernama Henry Baskoro Hendarso. Lebih dikenali sebagai Enji dan berkahwin setelah hamil.

Ayu menjadi bahan pemberitaan media setelah anaknya lahir pada 20 Disember 2015 ketika anak itu dilahirkan ketika kandungan kurang daripada tujuh bulan.   

Namun setelah anak itu lahir, kedua-duanya bercerai dan Ayu tidak membenarkan Enji menziarahi anak itu. Malah Ayu memberi nama Bilqis Khuzaimah dengan berbinti ayahnya Abdul Rozak. 


Hos program Brownis. Dari kiri Ayu Ting Ting, Ivan Gunawan, Ruben Onsu dan Deni Cagur


Sepanjang hidup menjanda, Ayu telah menjalani hubungan cinta dengan beberapa selebriti dalam dan luar termasuk yang bukan beragama Islam seperti Boy Williams namun tiada yang kekal.

Rakan hosnya Iwan Gunawan Putra yang juga seorang pereka fesyen terkenal dan kini bertaraf jutawan masih menaruh harapan untuk memiliki Ayu.

Ayu dan Iwan sudah berkawan sejak Ayu memulakan langkah sebagai penyanyi pada 2006 dan berkawan baik sehingga kini.

Dalam usia sudah 32 tahun, Ayu masih kelihatan seperti anak dara dan tetap ceria. Ia terbukti ketika mengendalikan rancangan Brownis.

Nampaknya siapakah bakal suami Ayu Ting Ting belum dapat terjawab lagi? Tunggu!! - KitaReporters

11
11
0
11
0
You will be interested