Seni & Sukan 12 Feb, 2023

Pulihara, pupuk seni gamelan Istana Terengganu! Konsert Gamelan Cilik 2023 persembah 73 alat gamelan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Persembahan muzik gamelan Terengganu mendapat sambutan penduduk tempatan


KONSERT Gamelan Cilik 2023 yang menampilkan pelajar sekolah rendah dan menengah dengan mempersembah pelbagai jenis kebudayaan, tarian, muzik dan lagu-lagu tradisional rakyat Terengganu menarik perhatian peminat seni dan budaya negeri itu. 

Program anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang julung kalinya diadakan itu mendapat sambutan  penduduk negeri itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal kebudayaan

Pelajar sekolah Terengganu mempersembahkan muzik gamelang


Konsert yang berlangsung  di Kampung Budaya Terengganu pada Sabtu 11 Febuari 2023 itu turut disenaraikan dalam Kalendar Acara Tahunan (COE) 2023 Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu. 

Menerusi konsep berwarna warni itu seramai 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan buah sekolah negeri itu terpilih mengambil bahagian. 

Sebanyak  73 jenis alatan muzik gamelan pada satu masa dipersembah dan menampilkan lagu-lagu dan tarian seperti Timang Burung, Topeng, Togok, Nongga dan Ulek Seri Rama. 

Antara alatan muzik gamelan adalah Keromong, Gambang, Saron Pekin, Saron Baron, Saron Demong, Kenong, Gong Agong dan Suwukan.


Antara kumpulan pelajar yang mengambil bahagian dalam Konsert Gamelang Cilik 2023


JPNT percaya pastinya orang ramai, terutama pelajar sekolah dan golongan muda masih lagi tidak mengenali, belum pernah melihat dan tidak pernah mendengar nama-nama dan jenis peralatan gamelan itu. 

Menyedari hakikat itu, JPNT dengan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersama-sama menganjurkan program ini bertujuan mengimbau kembali zaman kegemilangan Seni Gamelan Tradisi Istana Terengganu.  

Pada masa sama mahu memastikan kesinambungan serta kelestarian kesenian ini sentiasa dipulihara dan melahirkan pelapis dan generasi pewaris. 


Muzik gamelang tetap menjadi pilihan rakyat Terengganu


Pengerusi PUSPANITA Negeri Terengganu, To' Puan Nor Zaini Abdul Latif, yang hadir merasmikan program itu  berkata, Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai alat muzik gamelan yang kian lama menyepi.

“Dengan menampilkan lagu-lagu dan tarian seperti Lambang Sari, Topeng Togok Nongga dan Ulek Seri Rama,” jelasnya.

Terdahulu katanya, gamelan merupakan satu tarian yang dipersembah di Istana sahaja sehingga menyebabkan ia makin pupus.


Nor Zaini Abd Latif melakukan simbolik perasmian


Ahli PUSPANITA yang hadir menyaksikan persembahan konsert cilik 2023


Justeru itu, pihaknya telah menerapkan ilmu gamelan ini kepada para pelajar dari segi bermain alat muzik dan tarian supaya seni gamelan ini tidak putus.

"Untuk rekod, melalui kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pihaknya telah dapat membimbing beberapa buah sekolah dalam memartabatkan seni gamelan. 

“Secara tidak langsung dapat melahirkan pelapis yang dapat menguasai ilmu tersebut,” katanya. - KitaReporters


Aksi seorang penari cilik


Peserta begitu khusuk memainkan alat muzik gamelang

 

9
9
1
16
0
You will be interested