Dia boleh menggunakan bahasa isyarat dengan baik dan belajar sejak berusia 4 tahun. Dia dan adik beradiknya belajar bahasa isyarat secara tidak langsung kerana ibu bapa mengajar di sekolah pendidikan khas khusus masalah pendengaran.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Alif Satar
Dilahir sebagai Muhammad Alif Mohd Satar pada 19 September 1990 di Kuala Lumpur, Alif adalah anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed.
Alif tiba-tiba menjadi perhatian netizen yang kagum melihat dia mahir menggunakan bahasa isyarat bagi menyantuni golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dengan mesra dan ramah.
Menerusi perkongsian video dalam akuan Tik Tok @johnlemmonnn yang difahamkan rakan Alif, mengakui dia baru tahu yang selebriti itu mempunyai kemahiran menggunakan bahasa isyarat walaupun sudah berkawan lama.
"Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada yang lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, ironman dan dia fasih (mahir) dalam menggunakan bahasa isyarat.
"Dah bertahun kawan dengan dia, baru tahu yang dia pandai bertutur menggunakan bahasa isyarat," tulisnya dalam ruangan kapsyen.
"Saya ada kemahiran asas bahasa isyarat sebab ibu bapa saya dulu adalah guru pendidikan khas. Bapa mengajar bahasa Melayu, manakala ibu pula mengajar bahasa Inggeris untuk pelajar masalah pendengaran.
"Saya dan adik-beradik belajar bahasa isyarat sejak kecil lagi. Malah, saya mula belajar ketika berusia empat tahun," katanya yang turut aktif dalam Tik Tok dengan pelbagai perkongsian bermanfaat untuk lebih 500k pengikutnya.
Kebanyakan komen ditulis, netizen bangga dengan kemahiran bahasa isyarat dimiliki Alif dan ada juga menyifatkan dia sebagai artis serba boleh yang memiliki budi bahasa baik, merendah diri dan harus dicontohi golongan muda. - KitaReporters