Seni & Sukan 17 Nov, 2023

Video| Nora Danish ditanya nampak tua? Tenang jawab soalan sarkastik! Alhamdulillah, tua itu pasti!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Masih terngiang-ngiang suara manja pelakon popular, Nora Danish ketika mula dikenali menerusi drama komedi berjudul Puteri. Ketika itu umurnya dalam lingkungan awal 20-an. Namun sebelum itu dia sudah menjadi pelakon iklan komersial berjudul Gadis Misteri Hotlink.

Pernah mencetuskan fenomena menerusi siri komedi tersebut, bakat Nora terus gemilang. Sehingga kini dia masih lagi relevan. Malah, wajah dan suaranya kekal awet muda untuk wanita berusia 41 tahun.


Nora membuktikan dia masih relevan dengan membintangi filem terbaharu.


Sesekali kontroversi datang menjengah dalam hidup dan kerjayanya. Tidak menjadi masalah buat dirinya kerana itu lumrah kehidupan sebagai figura umum. 

Hampir dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanah air, pelbagai drama dan filem serta watak dibintanginya.


Walaupun sudah berusia 41 tahun, Nora kelihatan awet muda.


Mata pasti tidak berkerdip saat melihat wajah ibu kepada tiga orang anak ini. Sekali lihat, tidak disangka umurnya sudah memasuki empat siri. Makin meningkat usianya, makin cantik dan pandai bergaya. 

Benarlah orang kata umur itu sekadar angka.

Namun, kitaran kehidupan yang muda pasti tua. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Datanglah beribu-ribu teknologi pun, kuasa Allah SWT tidak boleh dilawan. Buat yang dikurniakan wajah awet muda, bersyukurlah kerana tidak semua dapat memilikinya.



Begitulah yang dilalui Nora apabila ada segelintir individu yang mempersoal kitaran hidupnya. 

Namun, pelakon ini tidak mudah melatah saat ada yang mengatakannya sudah kelihatan tua. Dia sedar, tiada untung menafikannya kerana itu semua ketentuan Yang Maha Esa.

Menjawab soalan sarkastik seperti itu, Nora dilihat begitu tenang. Menurutnya, tiada masalah buat dirinya andai dikatakan nampak tua.



“Alhamdulillah. Tua itu pasti,” jawabnya ringkas.

Betul kata Nora. Semua orang pasti akan tua. Apa yang penting, jaga kesihatan. Nampak sangat yang bertanya dan menulis itu tidak belajar sains. 

Apapun, masih ramai yang memuji kecantikan Nora. Benar, Nora antara artis awet muda yang makin hari makin cantik. - KitaReporters


11
12
0
15
0
You will be interested