Seni & Sukan 04 Dec, 2023

Video| Tak terkejut pun! Semua 8 mara ke akhir ASGV! Sebab apa? Astro nak jual tiket RM88-RM688?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kelapan-lapan peserta mara ke peringkat akhir All Star Gegar Vaganza. - Kredit foto:  IG Astro Gempak


All Star Gegar Vaganza (ASGV) terus membuat kejutan. Terbaharu, tiada penyingkiran pada peringkat separuh akhir. Ada sesiapa terkejut ke?

Kelapan-lapan pesertanya diberi peluang melangkah ke peringkat akhir setelah berjaya melepasi markah 50. Peringkat separuh akhir nampaknya dilihat sebagai peringkat ‘pemanas’ bagi para peserta memperlihat kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk diberi komen oleh para juri profesional iaitu Datuk Ramli MS (ketua), Hetty Koes Endang dan Datuk  Syafinaz Selamat.


TOMOK


Pihak pengurusan Astro sudah merancang lapan peserta bertanding pada peringkat akhir berbanding Gegar Vaganza sebelum-sebelum ini yang hanya memperuntuk enam peserta pada peringkat final.

Langkah pengurusan Astro itu dapat ‘dihidu’ apabila mengumumkan nama lapan penyanyi popular dari Malaysia, Singapura  dan Indonesia untuk diduet dengan peserta telah ‘bocor’ sebelum ini.
Lapan penyanyi popular itu ialah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Zainalabidin, Dayang Nurfaizah dan Aina Abdul, Ramli Sarip (Singapura) dan tiga penyanyi dari Indonesia iaitu Cakra Khan, Armand Maulana dan Irfan (Seventeen).

Pihak Astro ingin memberi kemeriahan lebih daripada biasa dengan mengadakan pertandingan akhir di Axiata Arena,  Bukit Jalil, Kuala Lumpur melibatkan kos lebih sejuta  ringgit.

NIKKI PALIKAT

NAQIU

Pertandingan akhir ini menggunakan orkestra 50 anggota serta mengundang sejumlah penyanyi popular dari dalam dan luar negara.
Buat pertama kali pertandingan nyanyian di negara ini menggenakan jualan tiket yang dianggap agak mahal setaraf konsert penyanyi popular atau antarabangsa. Harga tiket paling rendah RM88 sehingga paling tinggi RM688. 

Bagi memberi kepuasan kepada penonton yang mengeluarkan wang untuk pertandingan akhir itu, Astro membuat keputusan untuk  kesemua lapan peserta ke peringkat akhir.

/

HADY MIRZA

Dalam peringkat separuh akhir ASGV atau Gegar Vaganza musim ke-10 (GV10) ini, kesemua peserta memperlihatkan kemampuan terbaik masing-masing kerana tidak ingin tersingkir. Ini kerana sebelum ini terdapat berita dua peserta bakal gagal ke peringkat akhir.

Para juri iaitu Ramli MS, Hetty dan Syafinaz menyatakan untuk menjadi juara peserta tidak harus bergantung kepada kekuatan vokal semata-mata. 
Mereka membayangkan peserta seperti Jaclyn Victors dan Liza Hanim akan gagal menduduki tiga tempat teratas jika hanya bergantung kepada kekuatan vokal, namun kurang penjiwaan dan persembahan di pentas.

Sementara bagi  Azalina Azhar dan Siti Nordiana tidak terlalu mementingkan gaya persembahan hingga menjejas kemampuan vokal.

Pujian diberi terhadap empat peserta yang menduduki empat tangga teratas iaitu Tomok, Nikki Palikat, Naqiu dan Hady Miza. 

Ia membayang salah satu daripada mereka berempat akan dinobat sebagai juara ASGV dan bakal membawa pulang wang tunai RM200 ribu. 


JACLYN VICTOR

LIZA HANIM

Peserta ‘hot seat’, Tomok semakin baik persembahannya setiap minggu. Pada peringkat separuh akhir Tomok, ‘mengeluarkan’  kemampuan vokal dan persembahannya ketika menyampaikan dua lagu rock kumpulan XPDC iaitu ‘C.I.N.T.A’ dan ‘Bahalol’.

Tomok kreatif ketika mengadakan persembahan berunsur rock dengan menggunakan rambut panjang palsu untuk dirinya dan pemuzik pengiring. 

Tomok mengalir air mata apabila diumum sebagai juara pada peringkat separuh akhir yang merupakan pencapaian terbaiknya dalam ASGV.


AZHARINA AZHAR

Seorang lagi peserta ‘hot seat’, Nikki Palikat yang pernah menduduki tiga senarai paling bawah. Nikki memperlihat kemampuan sebenarnya ketika menyampaikan lagu ‘Pelesit Kota’ dan ‘Gemuruh’ nyanyian asal Search/Wings.

Ramli ketika memberi komen memuji kemampuan Nikki yang mempunyai julat suara (range) yang luas, mampu menyanyi tahap tinggi dan rendah dengan baik.

Tambah Ramli, jika Nikki berjaya mengekalkan persembahannya, dia mempunyai harapan menjadi juara. Hady Mirza pula menerima ‘gebrek’ (sungguh bagus) daripada Hetty.


SITI NORDIANA

Sementara itu dalam sidang media selepas pertandingan, Ramli menyatakan persembahan Azharina jauh lebih baik ketika latihan. 

Tambahnya, vokal Siti Nordiana pula teruk walaupun cuba menawan penonton dengan pakaian mengerlipnya. 

Pertandingan akhir ASGV dijangka sengit dengan segala kemungknan boleh terjadi. Peserta bukan favourit mungkin berada di atas dan begitulah sebaliknya. - KitaReporters


Kedudukan markah All Star Gegar Vaganza (ASGV) peringkat separuh akhir:

01. Tomok (80.00 mata)

02. Nikki Palikat (79.50)

03. Naqiu (72.5)

04. Hardy Mirza (70.75)

05. Jaclyn Victor (69.00)

06. Liza Hanim (67.75)

07. Azharina Azhar (65.25)

08. Siti Nordiana (61.50)

# Tiada penyingkiran 


11
9
0
9
0
You will be interested