Gaya Hidup 28 Sep, 2022

Video| Ada Getaran Cinta Di Jiwa Shila Amzah? Sharnaaz tonton live GV9! Bahan usikan Elly Mazlein!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


PELAKON Sharnaaz Ahmad, 37, adalah antara selebriti yang hadir sebagai penonton pada pertandingan Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu ke-2 pada Ahad, 25 September 2022 lalu.

Kehadirannya mendapat perhatian penonton di Auditorium MBSA dan penonton di rumah apabila kamera beberapa kali fokus memaparkan wajah Sharnaaz yang berjambang ketika Shila Amzah, 32, membuat persembahan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Shila Amzah



Umum mengetahui bahawa Sharnaaz adalah kekasih pertama Shila namun hubungan cinta mereka terhalang atas sebab-sebab tertentu.

Sebaik sahaja Shila selesai membuat persembahan, hos Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) mengusik Sharnaaz yang berada di kerusi penonton akan kehadirannya ke konsert itu.

Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik,” usiknya.

Sharnaaz yang memakai cermin mata hitam duduk di sebelah kerusi Emma Maembong bertepuk tangan dengan usikan Kak Lina Pom Pom sementara Emma turut ketawa sakan dengan kata-kata itu. 

Situasi itu dijangka akan lebih kecoh dan gamat jika pada malam itu gandingan Lina Pom Pom adalah Nabil Ahmad. 


Sharnazz dan Shila ketika masih bercinta


Bercakap kepada media selepas pertandingan, menurut Shila dia turut merenung Sharnazz tetapi tidak dapat melihat reaksi bekas kekasihnya itu kerana dia memakai cermin mata hitam.

Katanya, Sharnazz juga pernah menyaksikan persembahannya ketika bertanding dalam ‘The Masked Singer Malaysia’ musim 2 pada awal tahun 2022.

Sharnazz muncul dalam minggu ke-2 sebagai juri undangan. Shila muncul sebagai juara musim itu dengan menjadi maskot ‘rambutan’.



Dalam minggu ke-2 GV9, Shila mendendangkan lagu ‘Getaran Cinta Di Jiwa’ dengan melakukan sedikit perubahan daripada nyanyian asal Liza Hanim. 

Shila mengaku sedikit gementar apabila persembahannya disaksi secara langsung oleh Liza Hanim.

Liza Hanim bergegas ke Auditorium MBSA sebaik selesai mengadakan persembangan dalam program pertandingan ‘Terpaling Juara’ TV3 di Studio Sri Pentas 2,  Plaza Alam Sentral yang tidak jauh kedudukannya dengan Auditorium MBSA.

Shila akhirnya berjaya menduduki tangga ke-3 menewaskan saingan terhebatnya, Jaclyn Victor yang cuma mampu berada di tangga ke-5.

Dalam kalangan pengikut bidang seni tanah air ada yang meminta cinta dua selebriti ini bertaut kembali kerana masing-masing sudah 'single'. - KitaReporters


13
11
0
14
0
You will be interested