Seni & Sukan 09 Oct, 2022

Video| Semoga abang terus kuat! Lelaki pakai jubah konvo ziarah pusara isteri! Undang sebak ramai!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


VIDEO seorang lelaki memakai baju konvo ketika menziarahi pusara isterinya telah mendapat perhatian orang ramai sehingga menjadi tular dalam media sosial.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @man_rgr, menunjukkan lelaki itu berjalan menuju ke kubur isterinya dengan memakai jubah konvokesyen dan beliau kelihatan amat sedih kerana isterinya tidak sempat menghadiri konvokesyennya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan majlis-majlis konvokesyen


Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kau tempatkan dia bidadari syurgaku dalam kalangan orang-orang yg beriman dan beramal soleh, ameen,” ujarnya dalam laman aplikasi TikTok.

Meninjau dalam ruangan komen, memberikan kata semangat kepada lelaki itu agar terus kuat menghadapi ujian kehilangan orang tersayang serta mendoakan arwah isterinya di tempatkan di kalangan golongan yang beriman.



“Dia nampak Tuan datang, dia tidak tinggalkan tuan. Dia cuma berhijrah ke negeri lain. Iaitu di negeri adabi, semoga tuan kekal tabah. Al-Fatihah,” jelas @Ateh_Aza.

“Saya faham apa yang encik lalui, memang berat kehilangan orang yang tersayang. Al-Fatihah,” kongsi @NasserZainal.

“Paling sakit di hari bahagia tidak dapat bersama orang yang tersayang,” kata @BasirahShafee. - KitaReporters


24
23
0
16
0
You will be interested