Minggu ke-4 Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) membuat kejutan apabila tiada penyingkiran, sekali gus menyebabkan Pat Candy yang berada di tangga terbawah dengan cuma mengumpul 55.6 markah terselamat.
Dalam sidang media selepas pertandingan, jurucakap pihak penganjur berkata, keputusan itu dibuat pada saat akhir. Namun pihak penganjur masih tidak dapat memastikan adakah akan ada dua penyingkiran pada minggu ke-5.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza
Mengulas mengapa Pat Candy mendapat markah terendah, ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, peserta lain memberi persembahan lebih baik. Candy dilihat kurang kreatif dalam cara menyampaikan lagu itu.
Sementara seorang lagi juri, Hetty Koes Endang berkata terdapat nyanyian sumbang di bahagian tertentu ketika Pat Candy mendendang lagu ‘Kembara di Tanah Gersang’ yang dipopular oleh kumpulan Al-Jawaheer ciptaan Datuk M Nasir.
Bagi Candy dia bersyukur terselamat daripada penyingkiran dan akan memberi persembahan terbaik dalam minggu ke-5 nanti.
Minggu ke-4 menyaksikan kebangkitan Jaclyn Victor (Jac) sebagai penyanyi berpotensi untuk menjadi juara GV9.
Walaupun Jac mengalami masalah sinus kronik, namun masih mampu mengawal nada rendah dan tinggi dengan baik ketika menyampaikan lagu ‘You Raise Me Up’ terbitan 2001 dan banyak dijadikan ‘cover’ sejumlah penyanyi.
Jac menjadi peserta pertama yang dapat 85 markah. Bagi Jac, ia mendorong untuk memberi pesembahan terbaik pada masa akan datang setelah cuma berada di kedudukan ke-5 dan ke-4 pada minggu ke-2 dan ke-3.
Bob Yusof pula semakin memperlihatkan kemampuan vokal dengan menduduki tangga ke-2 dengan 80.2 markah melalui lagu ‘Sumayyah’. Juri Syafinaz memuji suara Bob yang lunak dan membolehkan dia pergi jauh.
Kumpulan VE memperlihatkan kemampuan vokal ketika menyampai lagu ‘Kaulah Segalanya’ yang dipopular Datuk Ramli Sarip dan mendapat pujian ketua juri Ramli MS yang berjaya mengolah lagu itu dengan baik.
Namun prestasi Shila Amzah menurun. Jika dalam minggu ke-3 dia menjuarai, namun dapat minggu ke-4, Shila hanya mampu berada di tempat ke-6 dengan memperoleh 74.6 markah.
Bertemakan ‘Aman Di Mata, Damai Di Hati’, persaingan minggu keempat itu menyaksikan Jaclyn Victor kembali merampas kedudukan pertama dengan 85 peratus menerusi persembahan bertenaga lagu You Raise Me Up.
Jaclyn turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta barangan Adabi bernilai RM500.
Sementara itu, Anugerah Juara Next Level Digi pula dimenangi Fuad Rahman berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Tom memenangi Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian tertinggi dan membawa pulang produk jenama tersebut.
Bagi minggu kelima para peserta akan berduet dengan penyanyi popular terpilih.
Jaclyn Victor akan berduet dengan Aina Abdul, Hazrul Nizam (Liza Hanim), Bob Yusof (Zizi Kirana), Tom (Muss May), Fuad Rahman (Naqiu Boboi), Tomok (Suki Low), Shila Amzah (Mimi Fly), VE (Nikki Palikat), Asheed Def Geb C (Tam Spider), Pat Candy (Aepul Roza) dan Dina Nadzir (Kaka Azraff).
Sherry Alhadad mengganti Nabil Ahmad yang minta cuti ekoran kematian ayahnya diganding bersama Elly Mazlein (Lina Pom Pom).
Walaupun terdapat beberapa kejanggalan pada awal persembahan, namun kedua-dua 'Syarifah' ini berjaya memperbaiki perembahan mereka. - KitaReporters
Sherry AlHadad dan Elly Mazlein akhirnya mampu mengendali GV5 dengan gaya mereka.
Berikut adalah kedudukan peserta pada minggu keempat:
1. Jaclyn Victor – 85 peratus
2. Bob Yusof – 80.23.
3. VE – 79.1
4. Tomok – 77.6
5. Hazrul Nizam – 75.7
6. Shila Amzah – 74.6
7. Dina Nadzir – 68.2
8. Fuad Rahman – 65
9. Asheed Deb Geb C – 64.2
10. Tom – 58.5