Seni & Sukan 23 Oct, 2022

Video| Aduh Douglas Lim! Apabila pelawak nak jadi rapper! Pilih SonaOne jadi rakan duet lagu rap!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Apabila pelawak bertemu penyanyi rapper boleh tak dibayangkan bagaimana keadaannya apatah lagi apabila berkolaborasi dalam sebuah lagu? Kecoh ke tak? 

“Aduh!!!’ Begitulah gambaran yang dapat dibayangkan bila mana pelawak terkenal, Douglas Lim, 45, memilih penyanyi rap SonaOne atau nama sebenarnya. Mikael Adam Muhammad Rafee Michel Lozach, 33, sebagai rakan duetnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dunia dan penyanyi rapper


Memenuhi impiannya untuk bergelar penyanyi dalam genre muzik hip hop, Douglas Lim akui pendapat SonaOne yang percaya muzik dan komedi mampu menyatu seperti yang pernah dibuktikan oleh  bintang-bintang dunia seumpama Weird Al Yankovic, Jack Black serta bintang tempatan Jin Hackman.

“Memang impian saya sejak sekian lama untuk merakamkan sebuah lagu hip hop, jadi kala SonaOne bersetuju untuk membantu saya menjayakan projek ini, saya benar-benar gembira. 

“Pembabitannya yang juga salah satu penyanyi rap dan penerbit hip hop tersohor negara benar-benar melengkapkan impian ini menjadi kenyataan,” ujar Douglas.



Karya bersama pertama mereka ini, sebagaimana judulnya berbunyi “Aduh", ia sebuah lagu yang agak nakal dengan melodi rancak serta ‘hook’ yang hebat.

“Saya pasti lagu ini akan meninggalkan kesan dalam ingatan semua yang mendengar,“ tambah Douglas penuh optimis.

Kegembiraannya itu membuatkan Douglas Lim berlatih berkali-kali sebelum rakaman dan akui SonaOne membuat pengalamannya itu menjadi seronok serta menarik.

Proses rakaman lagu berjalan lancar untuk kedua-dua artis memandangkan mereka memberikan yang terbaik dan menonjolkan kekuatan masing-masing demi melengkapi intipati lagu dan memberikan makna sebenar karya ini.  



Sebuah kolaborasi antara Def Jam Malaysia bersama Alternate Records. “Aduh’ menceritakan kisah keyakinan diri yang jitu dan boleh dicontohi sesiapa sahaja dalam kehidupan harian. 

“Bayangkan ia seperti seorang jejaka yang sangat yakin dan selesa dengan penampilannya sehingga merasa dia terlalu kacak sampai ketampanannya itu menyakitkan,” seloroh Douglas penuh lucu. 

Sementara itu, Sona One memberitahu, beliau memang mahukan “Aduh” berentak rancak supaya ia  mampu menyemarakkan suasana dengan bunyi yang sesuai bersama mainan kata-kata Douglas.

"Jadi saya sudah menjangkakan bahawa projek ini pasti bakal mudah prosesnya.” kata SonaOne. - KitaReporters


17
12
0
13
0
You will be interested