Seni & Sukan 01 Oct, 2023

Sukan Asia 2022: Tahniah skuasy wanita Malaysia! Bangkit benam Hong Kong! Untuk menang emas ketiga!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Pasukan skuasy berpasukan wanita berjaya menampilkan aksi terbaik pada Sukan Asia Hangzhou 2022. 


Pasukan skuasy berpasukan wanita berjaya memberi emas ketiga buat kontinjen negara selepas menewaskan juara bertahan, Hong Kong 2-1 pada perlawanan akhir pada 30 September 2023.

Hong Kong turun untuk mempertahan emas yang dimenangi mereka pada edisi sebelum ini namun mereka menghadapi kesukaran sehingga terlepas emas ke tangan Malaysia. Namun ia bukan hadir dengan mudah apabila Malaysia perlu bangkit untuk menundukkan lawan mereka. 

Rachel Arnold turun dalam perlawanan pertama terpaksa akur apabila tewas 2-3 kepada Tong Tsz Wing, 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11 dalam pertarungan hampir satu jam.

Malaysia kembali menyamakan kedudukan 1-1 selepas S Sivasangari tiada masalah untuk mencatat kemenangan mudah ke atas lawan beliau, Ho Tze Lok 11-5,11-8,11-6.

Perlawanan ketiga menjadi tumpuan apabila kedua-dua pasukan berpeluang untuk memenangi pingat emas. 

Meskipun menyedari beliau tidak boleh melakukan sebarang kesilapan, Aifa Azman berjaya menyerap segala tekanan untuk mencatat kemenangan ke atas Chan Sin  Yuk 11-5, 11-8, 11-13, 11-8 untuk menjelmakan emas buat pasukannya.  


Emas ketiga hadir dari skuasy berpasukan wanita yang cemerlang menewaskan juara bertahan Hong Kong 2-1 lada temasya Sukan Asia 2022 kali ini. 


Kemenangan itu membolehkan mereka membaiki pencapaian di Sukan Asia Palembang 2018 apabila sekadar memenangi pingat gangsa tetapi di Hangzhou 2022, mereka memastikan kilauan warna emas menjadi milik Malaysia. 

Tugas mereka untuk memburu pingat masih belum tamat kerana pada 1 Oktober 2023, mereka akan turun dalam acara individu pula. 

Moga pemain skuasy wanita kebangsaan berjaya menambah emas buat negara. - KitaReporters

9
8
0
14
0
You will be interested