Isu peperangan yang meletus di Gaza, Palestin masih menjadi tajuk hangat di seluruh dunia khususnya di Malaysia. Sebagai orang Islam, kita hendaklah ambil tahu dan menyokong rakyat Palestin yang sudah berpuluh-puluh tahun ditindas dan dirampas hak mereka oleh rejim aparteid Zionis.
Namun, malangnya masih ada orang Islam yang mengambil sikap neutral atas sebab-sebab tertentu. Lebih malang lagi ada segelintir artis atau pihak tertentu seakan tidak sensitif apabila mengulas mengenai isu ini.
Tidakkah mereka belajar atau membaca sejarah mengenai Palestin?
Isma mula dikenali setelah membintangi drama popular berjudul Sutun 2.
Gembira dan bangga apabila melihat golongan artis
atau selebriti menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin. Makin ramai
yang berani menzahirkan secara umum tentang sokongan mereka terhadap Palestin.
Ini sudah tentu menggembirakan para peminat mereka dan menjadi contoh.
Namun, hantaran seorang pelakon yang juga pangarah,
Isma Yusof atau nama penuhnya Muhamad Ismaizal Yusoof mengundang tanda
tanya bukan sahaja netizen tetapi juga bekas pelakon popular, Wardina Safiyyah.
Dia didapati membuat hantaran dalam Instagram dengan memetik surah al-Imran ayat 103 berserta satu gambar karikatur berjabat tangan. Di sebelah kiri gambar bendera Israel dan satu lagi Palestin. Ia memberi simbolik kedua-dua pihak yang sedang berperang ini agar berdamai.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali
Tuhan, dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Tuhan kepada
kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Tuhan menyatukan di antara hati kamu,
maka menjadilah kamu dengan nikmat Tuhan itu, orang-orang Islam yang
bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Tuhan
selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Tuhan menjelaskan kepada kamu
ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Al-Imran
103,” tulis Isma.
Perkongsiannya inilah yang mendapat perhatian
Wardina Safiyyah yang terkenal dengan kelantangannya membela Palestin. Lihat
sahaja dalam Instagramnya, tanpa gerun disekat, dia lantang mengutuk Israel
secara terbuka!
Mengulas hantaran yang dibuat oleh Isma itu, Wardina mempersoal adakah kita sanggup bersalam dengan orang yang telah mencuri, menyeksa dan membunuh saudara mara kita?
“Saya tidak fikir anda akan sanggup berjabat tangan
dengan seseorang yang menyeksa, membenci dan mempunyai kuasa untuk membunuh anda.
Mereka mencuri, memenjarakan anak-anak, membunuh pasangan, membuli dan
menjadikan hidup anda seperti neraka.
“Saya tidak akan pernah mahu berjabat tangan dengan orang seperti itu. Anda tahu sebab apa? Sebab mereka sudah cuba! Mereka ada Perjanjioan Oslo dan sudah banyak perjanjian damai yang telah dimeterai tetapi dilanggari pihak yang satu lagi (Israel). Akhirnya cara itu tidak berjaya.
“Menurut undang-undang antarabangsa adalah sah untuk
melawan penjajah. Ingat kata-kata saya ini, ini adalah penindasan dan
penjajahan yang jahat! Pendekatan keamanan tidak berjaya. Ia tidak akan
berlaku. Mengapa? Kerana satu pihak (Israel) adalah syaitan dan penjahat,”
tulisnya tanda tidak setuju dengan pendapat Isma.
Sementara itu, netizen turut sependapat dengan Wardina dan mempersoal tindakan Isma. Bagi mereka, sampai bila-bila pun kedua-dua pihak ini tidak akan berdamai. - KitaReporters