Seni & Sukan 25 Sep, 2025

Video| Malam Ini Gua Rock! Konsert Dato' M N46ir - Cipta 3! Janjikan kejutan! Cipta kenangan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Dato’ M Nasir Mohamed, 68, merupakan antara insan seni atau seniman kebanggaan negara. Kebolehannya dalam bidang seni hampir sama dengan kebolehan Tan Sri P Ramlee. 


Selain berbakat besar dalam  penciptaan lagu dia juga penyanyi. Malah lebih sesuai disebut penghibur dan seniman agung. 

Dengan hanya dengan gaya bersahaja, M Nasir bijak memilih lagu dan berkomunikasi dengan penonton dan mampu memukau khalayak.

Ketika semakin menua, M Nasir yang dipanggil ‘sifu’ ini tetap bersemangat berkarya, menyanyi dan dan mengadakan konsert.  

Konsert yang dijayakan oleh M Nasir tetap mendapat sambutan walaupun usianya sudah semakin lanjut.  


M Nasir seniman berbakat besar dan menjadi kebanggaan negara

Konsert Dato' M N46ir anjuran Icon Entertainment merupakan sebahagian hasratnya untuk menghibur dan memberi kenangan abadi kepada peminatnya dalam usianya yang  semakin lanjut.

Konsert Dato' M N46ir  dirancang untuk 10 edisi. 

Edisi pertama (Konsert Dato' M N45ir - Cipta 1) bermula pada 10 Ogos 2024 lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) menjadi tetamu kehormat. 

Dan kebetulan ia adalah hari jadi ke-77 Anwar. M Nasir membuat kelainan, tidak memberikan kek, sebaliknya pulut kuning untuk Perdana Menteri dan menyampaikan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’.

Dan edisi kedua (Konsert Dato' M N45ir - Cipta 2) berlangsung di tempat yang sama pada 12 Oktober 2024, M Nasir membuat kejutan dengan menaburkan sejumlah wang dari atas kepada penonton.  

Dan bagi edisi ketiga (Konsert Dato' M N46ir - Cipta 3) juga di tempat yang sama pada 27 September 2025, M Nasir menjadi rocker dengan tema ‘Malam Ini Gua Rock’.  



Dalam pertemuan dengan media di tempat latihannya di Sungai Buloh, Selangor baru-baru ini, M Nasir menyatakan dia akan mendendangkan lagu-lagu berunsur rock yang pernah dinyanyikannya serta lagu-lagu karya agung sepanjang empat dekad kariernya yang telah dinyanyikanya dan dipopular oleh penyanyi dan kumpulan lain seperti Search, Wing, Spring, Ella dan Dato’ Hattan.

M Nasir mengakui tidak menghafal sebahagian lagu berunsur rock ciptaannya terutama lagu yang disampai oleh penyanyi solo dan berkumpulan lain. Justeru dia terpaksa berlatih lebih keras menghafal lirik lagu-lagu itu.

Dari segi susunan muzik dan muzik pengiring, M Nasir yakin dengan kemampuan kumpulan pemuziknya yang dipimpin oleh Aznan Alias.

M Nasir melayan pertanyaan petugas media mengenai konsert 'Malam Ini Gua Rock'

Bagi edisi ketiga bertema ‘Malam Ini Gua Rock’, M Nasir menyatakan tetap akan ada kejutan yang masih dirahsiakannya.

M Nasir yang sudah bergelar haji juga berharap kesihatannya tetap prima bagi membolehkan Konsert Dato' M.N46ir  yang dirancang sekurang-kurangnya 10 edisi akan menjadi kenyataan. - KitaReporters

11
16
0
15
0
You will be interested