Seni & Sukan 21 Jul, 2025

Video| Sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza masih berdiri teguh! Siti terus salur bantuan! Agih 10k makanan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur bangunan Sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, dengan murid-murid, tenaga pengajar dan petugasnya masih di bawah lindungan Tuhan. 

Walaupun wilayah Gaza terus dan teruk dihemtam dengan dibedil dan dimusnahkan rejim Zionis lagi aparteid Israel namun sekolah yang dibina oleh Yayasan Nurjiwa itu, masih tidak terjejas. Murid-murid dan para gurunya masih boleh menjalankan persekolahan.

Sementara para petugas yang lain termasuk wakilnya di Gaza masih dapat memberikan bantuan amal kepada penduduk.

Siti menerima cek contoh daripada Inayah Beauty

Justeru, Siti bersyukur masih dapat mengagih makanan secara konsisten kepada 10,000 rakyat Palestin setiap hari sebanyak dua kali siang dan malam. 

Siti menyatakan demikian dalam ucapannya pada majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty di Kuala Lumpur pada petang Jumaat, 18 Julai 2025.

Tambah Siti, dia bersyukur mempunyai akaun bank Sekolah Afwa Al Afiyah dan ia memudahkan kewangan dapat disalur dalam akaun tersebut untuk memberi bantuan yang diperlukan oleh penduduk.



Yayasan Nurjiwa yang diasaskan bersama oleh Siti dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dengan matlamat untuk membantu insan-insan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dalam dan luar negara.

Pertubuhan tidak berasaskan keuntungan di Malaysia itu ditubuhkan sejak 19 tahun lalu pada 21 Ogos 2006, iaitu pada hari akad nikah mereka. Pasangan ini bernikah di Majlis Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Kedua-dua pengasas ini selain mengeluarkan wang sendiri untuk dana tersebut, turut mengadakan konsert untuk mengutip dana. Yayasan Nurjiwa juga mengalu-alukan sumbangan individu, agensi atau pihak syarikat untuk turut menyalurkan sumbangan amal kepada Yayasan Nurjiwa.

Antara syarikat yang membantu ialah Inayah Beauty yang menyumbang RM300,000, pada Ramadan 2025 bagi membaik pulih masjid di Gaza. Projek membaik pulih masjid itu dilaksanakan oleh wakil Yayasan Nurjiwa yang menetap di sana.



"Saya bersyukur pada Allah atas kepercayaan diberikan. Keizinan ini adalah daripada Allah. Dengan wujudnya akaun, Sekolah Afwa Al Afiyah sebelum perang, ia memudahkan sumbangan disalurkan.

"Saya selalu berharap dan berdoa agar Allah melindungi sukarelawan kami di sana. Alhamdulillah, sehingga hari ini Allah masih lagi melindungi mereka daripada serangan bom dan sebagainya," kata Siti dalam ucapannya. - KitaReporters

Majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa X Inayah Beauty  turut diserikan dengan kehadiran duta rasmi Inayah Beauty, iaitu Fasha Sandha, Bella Astillah, Elisya Sandha, Watie Hanifiah, Intan Ladyana dan Intan Najuwa.

14
15
0
7
0
You will be interested