Seni & Sukan 03 Jun, 2023

Best ni! Piala Al-Ikhsan 2023! Al-Ikhsan Sports taja Liga M4! 16 pasukan bertanding! Jun-Sept 2023!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd., peruncit sukan #1 di Malaysia mengambil keputusan untuk menaja Liga M4 yang dikenali sebagai 'Piala Al-Ikhsan 2023'. 

Liga ini dijadualkan bermula pada 3 Jun 2023 dan berlangsung sehingga September 2023 nanti. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla, "Al-Ikhsan Sports sentiasa berada di barisan hadapan dalam menaja liga sukan peringkat komuniti terutama bola sepak. Ini adalah selaras dengan tujuan teras kami untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua selama 30 tahun yang lalu. 

"Penajaan ini amat relevan dan penting terutama dalam menyambut tahun ulang tahun ke-30 kami dan ini adalah cara kami untuk menonjolkan bakat bola sepak tempatan dan memberi mereka pengiktirafan dan peluang untuk mempamerkan kemahiran mereka. 

"Kami juga telah membangunkan kit rumah dan tandang khusus di bawah jenama AL Sport and Match kami yang telah dibangunkan oleh syarikat saudara kami. 

"Barangan ini boleh dibeli oleh peminat dan pelanggan dari lebih 180+ kedai di seluruh Semenanjung Malaysia dan juga dalam talian melalui www.al-ikhsan.com." 


Kredit foto: FB Liga Lokal Perak


Kegilaan sukan nombor satu Malaysia ini telah menjadi satu anjakan buat Al-Ikhsan Sports untuk menyokong sukan tersebut setelah melihat semakin ramai rakyat Malaysia menunjukkan minat ke atas saingan liga amatur. 

Dengan penajaan seperti ini, Al-Ikhsan Sports yakin dapat membangkitkan lagi semangat, sekali gus merancakkan industri sukan negara. 

Secara ringkasnya Liga M4 membariskan 16 pasukan yang dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zon Tengah, Zon Borneo dan Zon Pantai Timur. 

Kesemua pasukan ini bakal berentap secara timbal balik dan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan kalah mati dari suku akhir hingga perlawanan akhir. 

Untuk rekod Al-Ikhsan Sports bergerak aktif dalam menaja beberapa lagi sukan-sukan lain di Malaysia, antaranya sukan rugbi dan bola sepak Liga Perdana. - KitaReporters/Kenyataan Media


Kredit foto: FB MP Port Dickson

12
11
0
13
0
You will be interested