Seni & Sukan 15 May, 2025

Bicara Seni| Blood Brothers tewaskan Mat Kilau? Harapan mungkin tak kesampaian! 33 hari baru RM76j!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Impian filem aksi dan kekeluargaan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ keluaran Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios untuk menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan sepanjang zaman mungkin tidak kesampaian. 

Filem epik ‘Mat Kilau - Satu Kebangkitan’ terbitan Studio Kembara tayangan pada 2022 dijangka kekal memegang rekod itu untuk beberapa waktu lagi.

Ini berdasarkan kutipan yang diperoleh oleh ‘Blood Brothers’ sehingga hari ke-33 tayangan baru mencapai RM76 juta. Sedangkan filem ‘Mat Kilau’  ketika ditayang pada hari ke-33 (pada 24 Julai 2022) sudah berjaya mengutip RM90 juta. 

Dengan kutipan semakin merosot selepas sebulan tayangan, ‘Blood Brothers’ arahan bersama Shafiq Yusoff dan Abhilash Chandra ini dijangka sukar mengatasi angka kutipan RM97 juta ‘Mat Kilau’ pada hari ke-50 tayangan (Wikipedia  Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, berdasar fakta pihak pengeluar). 




Namun dalam Wikipedia Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi, dicatat kutipan Mat Kilau’ ialah RM89,420,585, manakala Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pula mencatat kutipan filem ‘Mat Kilau’ adalah RM84.92 juta.

Melihat jumlah kutipan berbeza, perlu ada pihak berautoriti mengeluar fakta sebenar. Dalam hal ini, FINAS adalah pihak yang paling layak.

Walaupun program jelajah negeri masih berjalan dengan terkini di Sarawak dengan membariskan penyertaan beberapa pelakon namun ia rasanya belum cukup untuk menarik lebih ramai penonton.

Sejumlah pemilik pawagam sudah mengurangkan tayangan di cineplex (kompleks pawagam) kerana banyak filem tempatan dan asing berbaris menunggu masa tayangan. 

Namun ini bukan bermakna filem ‘Blood Brothers’ tidak mampu mencapai kutipan atas RM100 juta seperti diimpi. Ia mampu diperoleh melalui tayangan di luar negara khususnya di rantau ASEAN.

Selain itu  pemilik ‘Blood Brothers’ boleh mendapat hasil daripada mana-mana stesen TV berbayar, sama ada secara jualan terus hak cipta atau mendapat komisyen daripada tayangan berbayar  atau video over-the-top (OTT). - KitaReporters


9
10
0
11
0
You will be interested